AdSense

Wednesday, May 13, 2015

'Upgrade' TEKS1M - Langkah proaktif SPAD



Alhamdulillah...

Keluhan rakyat mengenai kekurangan dan mutu perkhidmatan TEKS1M kini dapat ditangani apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil langkah proaktif dengan menaiktaraf pengangkutan awam dalam negara.

Setakat hari ini, hanya 1,000 buah TEKS1M sahaja yang beroperasi dengan menggunakan model Proton Exora.





Oleh yang demikian, SPAD kini merangka cadangan untuk menjadikan Toyota Innova dan Nissan NV200 bagi mencapai jumlah optimum 7,500 buah TEKS1M sebagaimana yang diperlukan.



TEKS1M yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini merupakan usaha kerajaan memartabatkan imej dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara sekaligus berupaya berjalan seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Nah! sekarang pengguna boleh membuat pilihan mengikut selera masing-masing. Apa yang pasti, tiada lagi kebimbangan berhubung-kait kerosakan teksi. Tiada lagi respon buruk dari kaca mata pelancong asing.

Ini kerana menurut kenyataan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar, teksi bajet dan eksekutif yang mencapai usia 10 tahun perlu ditukar kepada TEKS1M.

Nampak gayanya, industri pengangkutan awam negara akan terus berkualiti dan memberi manfaat kepada penggunanya sama seperti negara-negara membangun yang lain.

No comments:

Post a Comment