AdSense

Tuesday, November 17, 2015

Modul PLKN2.0 terbukti relevan dalam membina negara bangsa


Modul baharu di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) ini ternyata relevan dan bersesuaian dengan generasi muda hari ini.

Semasa dalam lawatan ke kem PLKN Princess Haliza Sepang siang tadi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa berpuas hati kementeriannya terhadap perlaksanaan modul PLKN2.0

Transformasi yang dibawa dalam PLKN2.0 ini bukan retorik tetapi ia merupakan sesuatu yang relevan kepada generasi muda.


Relevan di sini merujuk kepada modul-modul yang memberi perhatian khusus terhadap ancaman-ancaman baharu pada zaman dunia tanpa sempadan. Lihat sahaja bagaimana modus operandi kumpulan militan seperti Islamic State (IS) yang hanya menggunakan media sosial sebagai platform mereka merekrut ahli.

Dengan adanya modul-modul baharu di dalam PLKN2.0 ini sekaligus berupaya memberi ketahanan tambahan buat para peserta. Ternyata ia sesuatu yang membina sebuah negara bangsa yang kuat, bukannya bangsa yang lemah dek kerana perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri.

Selain itu, modul tambahan yang mengikut cadangan Kementerian Belia dan Sukan turut menerima respon positif apabila amalan gaya hidup sihat dapat diterapkan serta ditambahbaik kepada generasi muda.

Antara intipati modul PLKN2.0 yang diisi dengan pengisian pelbagai seperti Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, Malaysiaku dan Be Safe Be Alert. Tiga modul lain turut diberi penekanan ialah Spirituality, My Future dan Service Learning.

Syabas buat pihak-pihak yang bertungkus lumus termasuk Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) yang mengerah keringat, cadangan dan idea semata-mata mahu menjamin masa depan generasi muda yang lebih baik.

Semoga generasi muda dapat menjadi pelapis negara yang mantap menerusi progam pembina jati diri seperti PLKN.

Artikel berkaitan modul baharu dalam PLKN2.0 :
Elemen baharu #PLKN 2.0 cegah ancaman militan
TERUJA! Wajah baharu Perintis PLKN Sabtu ini
Memantapkan PLKN

No comments:

Post a Comment