AdSense

Thursday, December 3, 2015

#BNR - Nafas baru buat pengguna bas warga kota


Ini adalah info lengkap mengenai Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR).

Menarik :
241 laluan
2,000 bas
6,700 panel / papan maklumat
638,000 penumpang
120 minit kepada 30 minit kekerapan
7,643KM kepada 9,202KM jarak laluan


Sesuai dengan cita-cita kerajaan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat, BNR di Greater Kuala Lumpur diadakan demi memberi keselesaan kepada orang ramai terutamanya pengguna perkhidmatan bas awam.

Untuk makluman pembaca, penyusunan semula ini telah dirancang sejak setahun yang lalu. Dalam masa sama pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama syarikat-syarikat pengendali bas dan pihak-pihak berkepentingan yang lain telah mengadakan pertemuan serta perbincangan yang kerap bagi tujuan mencapai kehendak orang ramai.

Di samping itu, penyusunan semula ini dilihat sebagai usaha mewarnai wajah baharu perkhidmatan bas sesuai dengan peredaran semasa.

Dengan BNR ini pengguna pastinya dapat merasai transformasi perkhidmatan bas henti-henti apabila kualiti yang diberikan adalah lebih baik daripada sebelum ini.


Perkhidmatan bas henti-henti ini akan meningkat lebih baik sehingga 75 peratus! Ini dapat diterjemahkan apabila hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk tempoh kekerapan sesebuah bas berbanding 120 minit sebelum ini. Emosi pengguna kini tidak lagi terganggu dengan kelewatan bas yang sering menjadi rungutan setiap hari.

Lebih menarik apabila BNR ini meliputi kawasan atau jarak yang lebih jauh iaitu sehingga 9,202KM berbanding 7,643KM sebelum ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam kenyataannya memberitahu bahawa sebanyak 241 laluan ditawarkan dalam BNR melibatkan 2,000 buah bas bagi menampung keperluan 638 ribu pengguna setiap hari.

Koridor sedia ada disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil mengikut jalan utama seterusnya menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pengguna tidak perlu untuk berasa keliru ataupun runsing kerana setiap nombor laluan dan maklumat mengenai jadual bas akan dipaparkan di dalam setiap bas. Sementara sebanyak 6,700 panel atau papan maklumat bas akan ditempatkan di perhentian bas terpilih.

Menjelang tahun 2016, sebanyak 3,000 papan maklumat akan diletakkan manakala baki lagi 3,700 akan dipaparkan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada tahun 2017.

Penyusunan yang mula berkuatkuasa 1 Disember baru-baru ini melibatkan 8 koridor utama iaitu :

  • Ampang
  • Cheras
  • Damansara
  • Jalan Ipoh
  • Jalan Klang Lama
  • Jalan Pahang
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Sungai Besi.

Manakala berikut merupakan syarikat bas yang mengendalikan mengikut koridor serta laluan perkhidmatan yang digunakan :

Koridor Ampang
Pengendali Bas : RapidKL
Kawasan Perkhidmatan :
Pandan Mewah, LRT Ampang, Ampang Point, Jalan Ampang, KLCC


Koridor Cheras
Pengendali Bas : RapidKL , Sri Indah
Kawasan Perkhidmatan :
Kajang, Cheras, Taman Dagang, Taman Maluri, Pandan, Pudu, Bangi


Koridor Damansara
Pengendali Bas : RapidKL
Kawasan Perkhidmatan :
Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Pusat Bandar Damansara, Komplek Kerajaan Jalan Duta, Bangsar, Pantai Dalam, Pantai Hill Park


Koridor Jalan Ipoh
Pengendali Bas : RapidKL , Selangor Omnibus , Setara Jaya , Wawasan Sutra
Kawasan Perkhidmatan :
Kepong, Segambut, Sentul, Rawang, Selayang, Sungai Buloh, Gombak


Koridor Jalan Klang Lama
Pengendali Bas : RapidKL , Metrobas
Kawasan Perkhidmatan :-
Puchong, Klang Lama, Taman Desa, Petaling Jaya Selatan (PJS), Subang Jaya


Koridor Jalan Pahang
Pengendali Bas : RapidKL , Len Seng
Kawasan Perkhidmatan :-
Jalan Genting Klang, Hulu Klang, Gombak, Taman Melawati, Wangsa Maju, Setapak, Keramat, Semarak


Koridor Lebuhraya Persekutuan
Pengendali Bas : RapidKL , Cityliner , Seranas , Causeway Link , Wawasan Sutra
Kawasan Perkhidmatan :-
Petaling Jaya, Subang Jaya, Subang Suria, Shah Alam, Alam Megah, Sri Muda, Bandar Klang, Banting, Kuala Selangor, Meru, Port Klang sekitar Klang


Koridor Sungai Besi
Pengendali Bas : RapidKL , Sri Indah , Metrobas , Nadi Putra
Kawasan Perkhidmatan :
Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Desa Petaling, Bandar Sungai Long

Syukur Alhamdulillah... Memang patut pun kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya warga kota berasa bertuah apabila kehidupan yang ada pada hari ini menjadi lebih baik daripada semalam.

No comments:

Post a Comment