AdSense

Monday, February 29, 2016

RM2.6 juta disalurkan untuk program Biasiswa Ronald McDonald


Jangan ada yang tidak tahu bahawa McDonald's Malaysia bukan sahaja popular dengan hidangannya yang lazat, tetapi juga mementingkan soal amal dan kebajikan kepada masyarakat.


Jika sebelum ini penulis ada menyentuh tentang kebajikan McDonald's Malaysia menerusi Ronald McDonald House Charities (RMHC), KLIK DI SINI  dan KLIK DI SINI , kali ini penulis akan mengupas pula mengenai program biasiswa RMHC kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Apa itu Ronald McDonald Scholarship ?

Tahukah anda bahawa program Biasiswa Ronald McDonald ini dilancarkan pada tahun 1997 dengan mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia? Ya, ini bermakna sudah 19 tahun program ini berjalan!

Setakat hari ini, lebih daripada 500 orang kanak-kanak menerima manfaat daripada program biasiswa ini. Mereka ini tergolong di dalam keluarga berpendapatan rendah. Secara purata setiap tahun, lebih 80 orang pelajar akan dipilih dan mereka akan diberikan elaun bulanan dan juga hadiah sekiranya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.

Setiap tahun, sejumlah RM500,000.00 diperuntukkan untuk program ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat hari ini sebanyak RM2.6 juta telahpun disalurkan. 

Berikut merupakan antara pelajar yang pernah menerima manfaat daripada program Biasiswa Ronald McDonald. Kini, pelajar ini muncul sebagai insan yang hebat!


Nurul Ain (2008 - 2012)
Berasal dari Kelantan dan kini berada di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Sains.



Chin Jia Weoi (2006 - 2010)
Berasal dari Kuala Lumpur dan ketika ini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.


Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa McDonald's Malaysia sebenarnya cukup menitikberatkan soal kebajikan korporat mereka. Ini sekaligus membuka mata pihak-pihak yang sengaja

berniat jahat berhubung kegiatan memboikot McDonald's Malaysia. Ternyata, usaha memboikot McDonald's Malaysia sesuatu kegiatan yang tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

Biarpun McDonald's Malaysia dituduh dengan pelbagai fitnah, namun McDonald's Malaysia sesekali tidak pernah mengabaikan kebajikan terhadap masyarakat yang memerlukan.



No comments:

Post a Comment