AdSense

Friday, April 22, 2016

Kedai koperasi Felda tawar harga runcit murah dan berkualiti


Nama kedai runcit D'Mart atau Coop Mart bukanlah nama asing dikalangan masyarakat Felda seluruh negara.

D'Mart sudah wujud lebih daripada empat dekad dan ia merupakan salah satu daripada aktiviti perniagaan teras Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) dengan memiliki hampir 300 cawangan di seluruh negara.


Bagi mengukuhkan operasi dan perniagaan, D'Mart telah menjalani proses inovasi imej yang bersesuaian dengan model perniagaan runcit moden seperti planogram, susun atur dan konsep moden, kepelbagaian jenisan produk yang ditawarkan serta latihan intensif yang diberikan kepada kakitangan bersesuaian dengan perlaksanaan konsep peruncitan moden.

Dengan penglibatan D'Mart dalam Program Transformasi Kedai di bawah program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi &Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit Koperasi Malaysia), ia mampu memberikan impak dan meningkatkan keberkesanan jualan dan operasi harian.


Kini, Coop Mart juga nama yang cukup dekat dihati peneroka Felda apabila menawarkan harga murah termasuk barangan 1Malaysia. Lebih menarik, harga di kedai ini adalah lebih rendah berbanding kedai-kedai di bandar!

Pembeli yang memberi barang keperluan di Coop Mart akan memberi pulangan keuntungan kepada mereka (peneroka) semula selepas dikira hasil keuntungan koperasi setiap tahun.


Untuk makluman pembaca, barangan yang dijual di kedai koperasi ini juga melebihkan produk-produk keluaran Felda itu sendiri. Pada ketika ini, produk-produk Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) seperti Saji Krimer Pekat, Marjerin Sri Pelangi, Marjerin Adela dan Saji Mayo akan mengambil tempat di rak-rak jualan Coop Mart Felda Sg. Koyan 2 dan Tersang 3.


Dalam masa sama produk-produk DOPSB ini juga akan berada dan dipasarkan di cawangan-cawangan Kedai Koperasi yang lain.

DOPSB diasaskan pada tahun 2000 dan dimiliki Felda sepenuhnya, kini mengeluarkan minyak masak jenama Saji, Tiara dan Tiga Udang, Marjerin Seri Pelangi, minyak sapi, lelemak, lemak doh dan salut lemak bagi kegunaan pengguna dan industri.


 Terbaharu, syarikat itu telah melancarkan empat perisa mi segera, susu pekat, susu cair dan mayonis di bawah jenama Saji. Bahkan, produk Delima bukan hanya dipasarkan di dalam negara tetapi juga di rantau ini.

Maklumat lanjut tentang produk keluaran DOPSB boleh rujuk di sini






No comments:

Post a Comment