AdSense

Saturday, August 13, 2016

Hebatnya Nicol David dimata dunia...


Meskipun sukan skuasy tidak tersenarai dalam sukan Olimpik, namun Ratu skuasy negara Datuk Nicol David terus mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai di dalam 20 atlet terhebat dunia tahun ini oleh akhbar Britain, The Telegraph.


Berada di tangga ke-17, pemain No. 3 dunia itu, yang telah merangkul pelbagai trofi dan anugerah, telah disenaraikan sama dengan jaguh sukan handal yang lain.

Nicol pernah memenangi tiga pingat emas di perlawanan peringkat dunia. Bahkan dua lagi pingat emas dirangkul ketika Sukan Komanwel serta lapan kali juara di kejohanan terbuka peringkat antarabangsa.

The Telegraph memuji dominasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu dalam arena skuasy.

“Tidak ramai atlet yang boleh mengecapi dan menikmati kejayaan seperti Nicol David dalam dunia skuasy.

“Atlet berusia 32 tahun ini telah berada di ranking No. 1 dunia untuk tempoh 109 bulan hingga September tahun lalu, dan telah memenangi tiga pingat emas Kejohanan Dunia, dua emas Sukan Komanwel dan memenangi lapan gelaran Terbuka Dunia,” kata akhbar tersebut.

Sumber

Pastinya kalau anak muda kita diajar dengan baik maka ia mampu mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa. Namun, tidak mustahil anak muda Malaysia akan membusukkan nama negara di mata dunia sekiranya mereka disuntik dengan racun kotor.




No comments:

Post a Comment