AdSense

Wednesday, August 17, 2016

Industri teksi sambut baik TITP, penganjur terpaksa batal protes


Semalam berlangsungnya satu taklimat dan sesi perjumpaan antara pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan pengusaha dan pemandu teksi bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.


Secara tepatnya, ianya merupakan satu sesi pembentangan berkenaan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) sepertimana yang diluluskan oleh kabinet.

Sepatutnya ia berakhir dengan penganjuran protes secara besar-besaran sekiranya kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan terhadap perlaksanaan TITP tersebut.


Menurut maklumat Suara Lensa, Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) beriya-iya mahu menganjurkan protes bantahan. Namun ia terpaksa dibatalkan pada saat akhir apabila dikatakan tidak mendapat sokongan daripada pemandu-pemandu dan pengusaha-pengusaha teksi yang turut hadir mendengar pembentangan SPAD.

"Jika kita tidak berpuas hati dan ingin membantah, saya cadangkan kita berhimpun diluar dewan selepas tamat taklimat.

"Saya telah menjemput banyak pihak media, tidak mustahil pihak media akan membuat liputan besar-besaran," demikian sebaran teks yang berlegar dalam aplikasi Whatsapp sehari sebelum berlangsung sesi taklimat berkenaan.

Ia dipercayai dikeluarkan secara rasmi oleh PERS1M.

Sebenarnya sesi tersebut hanya melibatkan pemain industri dan SPAD sahaja bagi tujuan penerangan dan mendapatkan cadangan atau idea bernas demi manfaat bersama secara holistik.

Pihak media sebaliknya dijemput untuk menghadiri sesi sidang media pada sebelah petangnya.

Kata salah seorang wartawan pro pembangkang yang membuat liputan, "JOLOK (temubual) sajalah... Asal ada bunyi maki-hamun kerajaan."

Sudah tentu, individu yang menjadi tumpuan media untuk mendapatkan respon negatif adalah seperti Kamarudin Mohd Hussain yang mewakili PERS1M, Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang Zailani Isausuludin dan Penasihat Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail (Suara Lensa pernah menulis tentang beliau di SINI)

Apa lagi, kumpulan minoriti ini terpaksa menutup muka malu apabila gagal menganjurkan protes bantahan. Dalam masa sama merayu-rayu wartawan dan jurugambar supaya merakamkan gambar mereka. Pastinya, impian wartawan pro pembangkang untuk mendapatkan komen berbaur kecaman terhadap kerajaan dan SPAD berjaya diperolehi menerusi sesi MENJOLOK.

Muka yang sama juga... Kerjanya hanya mengkritik pihak kerajaan terutamanya SPAD biarpun apa yang dirancang atau dirangka itu berupaya membawa manfaat kepada semua pihak.

Apa itu Program Transformasi Industri Teksi (TITP) rujuk di SINI

No comments:

Post a Comment