AdSense

Saturday, August 27, 2016

Tamrin Ghafar makan dedak siapa?


Aku bukanlah suka sangat pada Tamrin Ghafar ini. Sebab perangai dia lebih kurang Ibrahim Ali juga, lompat sini lompat sana...

Lagipula, apalah sangat jasa si Tamrin ini pada negara...


Tetapi semalam beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan menyertai parti kroni Mahathir - Pribumi Bersatu.

Tidak cukup itu, beliau juga menarik diri dari Seketeriat Deklarasi Rakyat yang dikepalai Mahathir.

Ramai penyokong Mahtahir dan DAP mengatakan bahawa si Tamrin ini telah mendapat dedak. Erti kata lain dibayar oleh UMNO / Barisan Nasional. Masa keluar PAS dulu, tak ada pula kata dia makan dedak?

Biasalah, ini sememangnya serangan yang biasa dilemparkan kepada mana-mana pihak yang tidak menyokong mereka.

Dedak, dedak dan dedak...

Tanpa sedar, berjuta-juta peruntukkan digunakan mereka untuk meraih sokongan. Pejuang media sosial pro Mahtahir dan pembangkang juga dikatakan diperuntukkan dengan sejumlah wang. Berapa amount sebenarnya, tak pasti. Eloklah ditanya kepada mereka sendiri. Ya atau tidak. Ada atau tiada.

Apa yang pasti, ia akan digunakan secara maksima semata-mata mahu menggulingkan pemerintahan sedia ada dibawah Barisan Nasional.

Mennyerang dengan menggunakan peluru 'dedak' sebenarnya adalah bertujuan mengaburi kegiatan yang sedang mereka jalankan - menemui pemimpin masyarakat dan penulis maya bagi tujuan menggulingkan pemerintah.

Lepas berjaya digulingkan, kerusi pemerintah akan diduduki ahli keluarga mereka sendiri. Mungkin negara ini adalah milik kroni mereka. Kroni dan anak beranak merekalah yang patut mewarisi negara ini, tidak boleh orang lain.

Berbalik pada keputusan Tamrin semalam, bagi aku, biarlah dia dengan kehidupannya. Ada atau tiada bagi aku sama saja. Tak guna nak bersorak lebih-lebih kerana inikan negara demokrasi, masing-masing ada hak masing-masing.

Ada yang kata si Tamrin ini tidak membawa kesan pun. Ramai juga pentaksub parti Mahathri dengan penuh emosi mengutuk Tamrin. Tapi bagi aku, sedikit rasa syukur kerana ia menunjukkan parti Pribumi sememangnya tidak relevan di bumi Malaysia! Rileks lah, Tamrin saja pun... Tunggu la selepas pada ini... He he he

No comments:

Post a Comment