AdSense

Wednesday, September 21, 2016

Pemimpin DAP tidak sensitif. Sampai bila?


Sudah banyak kali, masyarakat dihidangkan dengan provokasi pemimpin DAP yang begitu suka membuat kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti pihak lain.


Ramai sudah tahu berhubung 'tweet' pemimpin DAP Jeff Ooi terhadap allahyarham Haron Din. Banyak juga laporan polis dibuat di seluruh negara. Beliau juga telahpun menyerah diri. Selepas diambil keterangan, beliau dibebaskan dengan jaminan polis.

Bahkan Jeff Ooi juga dengan nada angkuh menyuruh masyarakat supaya mengambil kamus sekiranya tidak reti atau tidak faham bahasa antarabangsa - Adios (perkataan yang digunakan dalam status kontroversi beliau)

Benarlah, politik negatif sebegini mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak lain.

Mungkin bagi Jeff Ooi, Haron Din sekadar pemimpin politik (PAS) yang kini menjadi musuh DAP. Namun beliau lupa bahawa allahyarham juga merupakan seorang ulama dan begitu dekat dihati masyarakat Islam.

Bukan orang Islam sahaja tetapi orang bukan Islam seperti Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga melahirkan rasa kesal beliau terhadap tindakan Jeff Ooi.

Kata Tiong Lai, tindakan pemimpin DAP itu merupakan satu tindakan yang tidak sensitif. Sekalipun berbeza ideologi politik, usahlah menjadikan isu kematian sebagai modal politik.

Oleh yang demikian, Tiong Lai menasihati Jeff Ooi supaya membuat permohonan maaf kepada keluarga allahyarham.

Tangkap, penjara atau denda bukan soal pokok di sini. Apa yang dipersoalkan, sampai bila budaya yang diamalkan kebanyakkan pemimpin DAP seperti ini akan berakhir?

Setidak-tidaknya pemimpin DAP itu menyahut nasihat pemimpin MCA supaya memohon maaf.

Buatlah permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali kepada mereka yang begitu terkesan dengan status provokasi beliau.

Susah sangatkah jika dibuang sifat angkuh  yang tertanam di dalam diri Jeff Ooi?

1 comment:

  1. Sebab melayu bongok ramai sokong kominis ni. Tu yg besar kepala. MELAYU yg BODOH.

    ReplyDelete