AdSense

Tuesday, October 18, 2016

VIDEO : Pencacai Mahathir kantoi dalam ucapan



1. Minta siasat dan tangkap. (0.40)

Erti kata lain Khairuddin sudah menjatuhkan hukum kepada orang lain sedangkan pada awalnya beliau kononnya mahu ia disiasat. Bagaimana boleh ditangkap mana-mana individu sesuka hati sekiranya tiada kesalahan yang dilakukan? Khairuddin mungkin fikir beliau kini berada di zaman pemerintahan diktator bosnya, yang suka menghumban orang lain ke dalam penjara sesuka hati.

2. Akhirnya saya dapat jumpa Anwar... Banyak rancangan yang saya dan Anwar buat di dalam penjara... (1.05)

Jelas di sini bahawa Khairuddin sendiri yang merancang untuk memasukkan diri sendiri ke dalam penjara. Maka itu beliau sengaja melanggar undang-undang dan menyedari perbuatannya itu berupaya membawanya ke penjara. Apabila misinya berjaya, maka bermulalah rancangan-rancangan seterusnya dalam usaha menggulingkan kerajaan...


No comments:

Post a Comment