AdSense

Tuesday, November 8, 2016

Nak tahu kenapa akhbar The Brunei Times tamat operasi?


The Brunei Times merupakan akhbar berbahasa Inggeris menamatkan operasi penerbitan mereka selepas berusia 10 tahun.


Mula ditubuhkan pada tahun 2006, akhbar ini dimiliki oleh Brunei Times PLC dengan format broadsheet (saiz besar) sebelum bertukar kepada saiz tabloid pada tahun 2010.

Kenapa Brunei Times ditutup sehingga menyebabkan 130 orang kakitangannya hilang pekerjaan?

Kata akhbar itu pada muka hadapannya dalam siri akhir penerbitannya mengatakan,

“Brunei Times tidak dapat lagi menampung sumbernya untuk meneruskan operasi media dan penerbitannya. Lembaga pengarah syarikat bersetuju tindakan terbaik ialah dengan menutup akhbar itu.

“Ini disebabkan isu perniagaan, standard laporan dan kewartawanan yang perlu memenuhi tanda aras dan juga isu berkaitan kemapanan perniagaan, terutama dalam keadaan mencabar daripada media alternatif.”

Itu dia....

Cabaran media alternatif beb! Sudah tentu banyak merujuk kepada media sosial!

Sebenarnya di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak kali menyentuh tentang media sosial ini. Sejak pada awal beliau memegang jawatan Perdana Menteri lagi.

Tapi barangkali ada menteri-menteri atau pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri / parlimen / DUN yang tidak memandang serius terhadap ucapan Najib. Entah-entah ada yang tak tahu apa itu MEDIA SOSIAL?

Pemikiran Najib yang sentiasa pandang kehadapan sepatutnya diambil perhatian oleh para menteri dan pemimpin parti.

Kalau sudah menteri kerajaan, mestilah mereka dikalangan parti Barisan Nasional. UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen yang lain.

Sepatutnya setiap blogger atau facebooker dihargai dengan baik. (Bukanlah pengamal media alternatif ini tidak dihargai langsung tetapi impaknya macam belum power).

Apa salahnya kalau setiap ahli parti bersama-sama memeriahkan sokongan kerajaan dalam media alternatif? Bukanlah tak ada langsung tetapi ianya masih kurang.

Asyik-asyik gambar selfie, makanan, promosi diri sendiri saja.... Bila nak dapat projek pandai pula sanjung kerajaan macam-macam!

Apa yang hendak disampaikan ialah diperingkat akar umbi atau negeri... Perhebatkanlah jentera alam maya.

Ingat, sekarang kita berdepan dengan kuasa media alternatif! BERAPA KALI NAK CAKAP?

No comments:

Post a Comment