AdSense

Saturday, December 24, 2016

Kenapa YB pembangkang bengang dengan SPAD? Nak tahu, baca ni...



15 Disember 2016, Malaysia melakar sejarah apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) telah dirasmikan dengan jayanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Keesokkan harinya pula ia dibuka kepada orang ramai dan paling menarik, perkhidmatan diberikan percuma selama sebulan!


Tidak beberapa hari kemudian, anak Ketua Pembangkang (isteri Anwar Ibrahim) yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah (anak kepada Anwar Ibrahim) bersama Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak melepaskan peluang menikmati kemudahan serta perkhidmatan percuma MRT.


Sejurus selesai menaiki perkhidmatan awam itu, Tian Chua memuji Prasarana (secara tidak langsung memuji kerajaan). Sementara Nurul Izzah yang berada disebelah tidak pula membantah, tanda bersetuju dengan kenyataan Tian Chua.


Dalam masa sama Nurul Izzah tidak meninggalkan sikap egonya (nak jaga air muka sebagai pembangkang) apabila masih lagi berkokok soal kos.

Apa yang pasti Nurul Izzah cuba mengulangi kenyataan Rafizi sebelum ini yang disifatkan netizen sebagai kenyataan 'kantoi menipu' (dakwaan MRT telan belanja RM100 bilion). Hakikatnya hanya RM21 bilion untuk MRT Sungai Buloh - Kajang (SBK) (jimat RM2 bilion daripada kos sasaran RM23 bilion).


Daripada kenyataan Nurul Izzah, ianya membuatkan netizen berfikir... Apakah jika pembangkang menjadi kerajaan hari ini maka kos untuk membina MRT hanya menelan belanja RM40,000? (PRU13 lepas nombor 40k ini cukup popular. Pengundi Bangla katanya)

Setiap usaha yang dilakukan kerajaan, ada saja diperlekehkan oleh pemimpin pembangkang ini. Walhal kerajaan sudah membuat sebaik mungkin demi rakyat. Sudah jimat sehingga RM2bilion tetapi tiada ungkapan syukur diterima.... Inilah realiti politikus pembangkang, 24 jam kerjanya hanya bermain politik....


Dalam kenyataan sama, Nurul Izzah turut membangkitkan soal 'perbincangan bersama' dengan semua pemain industri. Kononnya bagi memastikan wujud pengimbangtara. Itulah, bila 24 jam sibuk berpolitik sehingga tidak tahu apa yang berlaku disekeliling.

Kasihan Nurul Izzah bila beliau tidak tahu kewujudan Akademi SPAD. Satu program yang dijalankan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mendapatkan pendapat, cadangan atau idea daripada semua pihak terutamanya pemain dalam industri.


Selain itu Nurul Izzah yang pernah kalah dalam kes saman Raja Nong Chik semasa kempen fitnah PRU13 lalu turut mempersoalkan kenapa tidak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas berkaitan Pengangkutan Awam?


Seperti yang penulis katakan tadi, pemimpin pembangkang ini hanya pandai mencari helah dan bermain politik 24 jam. Mungkin kerajaan boleh dengar cadangan Nurul Izzah ini, mungkin juga tidak. Ini kerana, untuk tujuan apa ia dilaksanakan? Mencari buruk BN manakala pembangkang cantik? Walhal semua sedar bahawa pemimpin pembangkang hanya mahukan skrip mereka diikuti oleh kerajaan.

Sebut pasal jawatankuasa, lihat saja jawatankuasa yang ada sebelum ini.... PAC yang diwakili pemimpin pembangkang (Jawatankuasa Kira-Kira) umpamanya, apakah mereka dikalangan pembangkang akan akur pada setiap siasatan atau keputusan dicapai? Sudah tentu tidak.

Masih ingat bagaimana Ahli Parlimen Kepong (DAP) mengakui bahawa Najib tiada kaitan dengan jenayah 1MDB? Bagaimana respon pemimpin pembangkang yang lain? Mereka masih bermain dengan persepsi dan berkokok dijalanan membawa isu kitar semula.



Lantas itu, ketahuilah bahawa pemimpin pembangkang sebenarnya tidak ikhlas dalam mewakili suara rakyat. Mereka sebenarnya takut apabila melihat kejayaan demi kejayaan sedang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran Najib. Lebih-lebih lagi tentang pengangkutan awam. Sebab itu dapat kita perhatikan gelagat pemimpin pembangkang hari ini bagai cacing sedang kepanasan.

Kejayaan menambahbaik dan membangunkan industri pengangkutan awam sebagaimana digerakkan oleh pelbagai pihak terutamanya SPAD adalah satu perkara yang tidak lagi dapat disangkal.

MRT, tambahan laluan LRT, penambahbaikan teksi, bas dan tidak lama lagi pembinaan projek keretapi berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura (HSR) dan projek jajaran Pantai Timur ECRL bakal direalisasikan. Ah! Semakin ligat cacing (pembangkang) mengeletit.

Sekarang baru kita tahu kenapa YB pembangkang cukup bengang dengan SPAD!

No comments:

Post a Comment