AdSense

Friday, January 13, 2017

BN layan Orang Asal macam sampah?



DAP antara parti yang bekerja keras dilapangan - berjumpa terus dengan masyarakat marhaen. Bukannya setakat duduk di dalam pejabat berhawa dingin.


Tugas mereka sudah tentu mengelirukan masyarakat marhaen dengan maklumat yang tidak tepat. Kejayaan gerakkerja mereka diukur berdasarkan berapa tebal kebencian masyarakat terhadap kerajaan pemerintah.

Impian Malaysia, antara lambakan komuniti pembangkang yang bergerak aktif ke segenap pelusok peta Malaysia.

Jika baca laporan lidah rasmi DAP, RoketKini, kerajaan Barisan Nasional (BN) dilabel sebagai kerajaan yang mengabaikan nasib rakyat termasuk masyarakat Orang Asli.

"Pendidikan pra-sekolah anak Orang Asli Pos Lenjang, Pahang terabai", demikian tajuk yang disiarkan di dalam portal DAP bertarikh 12 Januari 2017.

Artikel yang ditulis Fatih Hassan Nordin dilihat mengangkat 'perjuangan' ADUN Mentakab yang juga merupakan sebahagian kecil pemimpin DAP berbangsa Melayu - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Kata pencacai Kit Siang ini, kerajaan BN melayan Orang Asli seperti sampah!

Satu kenyataan yang cuba menghina Orang Asli sebenarnya.

Apa yang pasti, kenyataan pencacai Kit Siang ini adalah satu kenyataan yang penuh emosi dan tidak berasas.

Mari kita lihat antara pembentangan Bajet 2017 sebagaimana yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khusus dalam soal pendidikan dan masyarakat Orang Asal.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK & PRA SEKOLAH

94. Meneruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program TABIKA & TASKA (RM140juta)

95. Menambahbaik pakej pemakanan bernutrisi harian : susu 250 ml, kismis dan telur, memanfaat 280,000 kanak-kanak (RM60 juta)

96. Meningkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah secara percuma di sekolah Kerajaan memanfaat 200,000 kanak-kanak (RM132 juta)

PENDIDIKAN RENDAH DAN MENENGAH

97. Membangunkan semula 120 sekolah daif (30 Sabah & 30 Sarawak) menggunakan Industrialised Building System & menaiktaraf 1,800 makmal sains (RM570 juta)

98. Menyiapkan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baharu (RM478 juta)

99. Memperkukuh program penguasaan Bahasa Inggeris Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive (RM90 juta ringgit)

100. Pemberian tablet bantuan mengajar kepada 430,000 guru oleh SKMM (RM340 juta)

101. Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 ringgit kepada setiap pelajar dari keluarga berpendapatan < RM3,000, memanfaat 3.5 juta murid (RM350 juta)

102. Menyediakan Bantuan Makanan Asrama kepada 365,000 murid (RM1.1 bilion)

103. Meneruskan Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia sekolah rendah (RM300 juta)

104. Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Buku Teks dan Geran Per Kapita (RM1.1 bilion)

105. Menyediakan geran sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh Kerajaan

106. Menyediakan Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan kepada 67,000 murid & mengganti bas @ coaster bagi 21 sekolah berpendidikan khas (RM107 juta)

107. Menyedia Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyenggaraan Sekolah untuk senggaraan Sekolah Kebangsaan, SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Pondok yang berdaftar dan MRSM (RM600 juta)

KEBAJIKAN ORANG ASLI & PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK

122. Melaksana projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan, Penempatan Semula Perkampungan antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands (RM222 juta)

123. Pemetaaan tanah di Sabah (RM20 juta) & Sarawak (RM30 juta) menerusi projek Native Customary Rights

Nampak sangat parti pembangkang khususnya DAP bagai hilang punca. Terpaksa turun ke segenap pelusok negara semata-mata mahu mengelirukan masyarakat dan menyebarkan dakyah songsang demi meraih sokongan.

No comments:

Post a Comment