AdSense

Sunday, January 15, 2017

#PRU14 : MCA akan hadapi apa jua cabaran


Kita sudah pun memasuki tahun 2017. Dalam politik, pilihanraya adalah perkara yang sentiasa menjadi fokus utama bagi parti politik.

Apa saja cara sudahpun digerakkan bagi menghadapi pilihanraya. Bila? Ikut logik, bila-bila masa saja boleh diadakan pilihanraya bila sampai masanya.


Kalau pembangkang, semalam berakhirnya pilihanraya, hari ini sudahpun memulakan kempen politik mereka.

Bagi mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN), sejurus selepas berakhirnya pilihanraya maka khidmat membela nasib rakyat sebagaimana mandat yang diberikan akan dijalankan dengan penuh amanah.

Bukan lagi masa untuk bermain politik sepanjang masa sepertimana parti pembangkang.

Berbalik kepada pilihanraya umum ke 14 (PRU14), sekarang sudah masanya parti-parti komponen BN memperhebatkan kempen mereka.

Penulis melihat MCA umpamanya, seringkali menyebut tentang persediaan mereka dalam menghadapi PRU14. Malah mereka sudah mengatakannya sejak tahun 2016 lagi.

Menunjukkan bahawa sasaran mereka adalah mendekati para pengundi supaya terus menyokong parti pemerintah BN dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, senario politik dewasa ini memperlihatkan serangan bertubi-tubi dihalakan kepada BN termasuk MCA. Ada sahaja usaha untuk melaga-lagakan parti-parti komponen ini.

Wartawan pembangkang Malaysiakini pada 6 Januari lepas sanggup mengejar Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi menanyakan tentang isu pemantapan undang-undang syariah, RUU355.

Budak suruhan Stevan Gan (bos Malaysiakini), cuba membayangkan bahawa MCA sedang bergaduh dengan UMNO.

Tetapi tanggapan itu silap. Tiong Lai ketika berdepan soalan 'perangkap' itu bagaimanapun menjawab dengan tenang.

Katanya, apa jua isu dan cabaran akan dihadapi MCA. Sekali lagi menegaskan bahawa mereka (MCA) sudahpun bersedia untuk PRU14 biarpun apa cabaran mendatang.

Barangkali jawapan yang diberikan itu membuatkan Stevan Gan dan rakan-rakan dikalangan pemimpin parti pembangkang berasa kecewa.

Ia gagal membuatkan Tiong Lai melatah dan menuding jari kepada UMNO.

Hakikat menyedari, baik MCA atau UMNO, masing-masing sudahpun bekerjasama membentuk BN sejak sekian lama. Tidak seperti PAS-DAP dan lain-lain gabungan yang dibuat parti pembangkang.

BN dan Pakatan Harapan (sebelum ini Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif) adalah gabungan yang jauh berbeza.

Pakatan pembangkang penuh dengan misteri dan muslihat. Sebaliknya BN adalah parti yang sentiasa bersatu padu dan bersama-sama menghadapi cabaran politik secara bersama.

Sudah tentu rakyat secara keseluruhannya sedang menyaksikan apa yang berlaku ketika ini. Pakatan Harapan BUKANLAH pilihan terbaik untuk memerintah Malaysia.

#PRU14 #BarisanNasional

No comments:

Post a Comment