AdSense

Wednesday, January 18, 2017

Sebab relevan tangguh cari MH370


Keputusan menangguhkan misi pencarian MH370 disifatkan sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab.


Demikian kenyataan rasmi komuniti waris penumpang MH370, Voice370 dan disiarkan dalam agensi berita BBC News siang tadi.

Sementara kata penganalisis agensi berita berkenaan, MH370 kekal menjadi misteri dan membuka kepelbagaian teori selain mengundang persoalan, 'what's next' (apa rancangan seterusnya selepas keputusan menangguhkan misi pencarian)


Agensi berita tempatan bagaimanapun melaporkan bahawa rata-rata waris penumpang dari Malaysia mengetahui bahawa misi pencarian MH370 akan ditangguhkan. Walaupun berasa sedih namun mereka masih mengharapkan keajaiban untuk menemui berita baik suatu masa kelak.

Bukan sahaja waris penumpang, pihak MAS dan seluruh rakyat juga berasa sedih dengan berita penangguhan ini. Namun ia sebenarnya dilihat sebagai satu keputusan yang terbaik setakat ini.

Sedia maklum, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 6 Januari lepas pernah membayangkan bahawa misi pencarian MH370 akan ditangguhkan.


Semalam 17 Januari, Tiong Lai memberitahu bahawa misi tersebut ditangguhkan sehingga ada petunjuk baharu. Apa yang pasti, ini bukan keputusan Tiong Lai sebaliknya diputuskan secara bersama oleh kerajaan Malaysia, China dan Australia.

Hakikat menyedari bahawa misi pencarian MH370 yang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur - Beijing pada 8 Mac 2014 itu sudahpun meliputi kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Selama misi pencarian ini digerakkan, kerajaan Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM500 juta.

Setelah penangguhan diputuskan, kesemua kapal yang terbabit di dalam misi berkenaan dilaporkan sudah mula meninggalkan zon pencarian.

Oleh yang demikian, diharapkan penangguhan ini menjadi keputusan terbaik buat ketiga-tiga negara. Sudah pasti misi pencarian akan diaktifkan semula apabila wujud penemuan atau petunjuk baharu kelak. Sama-samalah kita meneruskan doa agar beroleh berita baik di masa akan datang.

#Pray4MH370 #MH370 #DoaUntukMH370

No comments:

Post a Comment