AdSense

Thursday, February 23, 2017

Kenapa perlekeh Malaysia saat Qatar berterima kasih?


Media sosial dihujani dengan status dan tulisan memperlekehkan Malaysia. Biasanya ia dilakukan oleh puak pembangkang semata-mata mahu merampas kuasa Putrajaya. Mereka tak boleh buat apa-apa melainkan menafikan sedaya upaya segala usaha baik yang dilakukan oleh Malaysia.


Tahukah anda bahawa kerajaan Qatar memberi pengiktirafan kepada Malaysia dan memandang tinggi syarikat tempatan?

Ini berikutan prestasi baik syarikat Malaysia dalam pembabitan projek infrastruktur yang menjadi mercu tanda negara Qatar.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar, antara projek berkenaan ialah bangunan Kementerian Dalam Negeri yang dibina oleh syarikat kejuruteraan dan pembinaan, Kumpulan WCT, yang telah siap dan diserahkan kepada kerajaan negara itu.

WCT juga melalui usaha sama dengan syarikat tempatan mendapat projek bernilai RM1.3 bilion untuk beberapa kerja pembinaan Bandar Lusail

Antara kerja yang dijalankan adalah membina kawasan letak kenderaan bawah tanah, sistem penyejukan dan teknologi maklumat serta stesen transit aliran ringan (LRT).

Sebuah lagi syarikat yang berjaya di Qatar, katanya, adalah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), melalui anak syarikat, Malaysia Airports Consultancy Services Middle East LLC yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad.

Paling menarik, kira-kira 400 syarikat Malaysia telah dibawa masuk sejak 5 tahun lalu melalui pelbagai kempen promosi perdagangan di Qatar.

Oleh yang demikian, kenyataan-kenyataan politikus yang sering menggugat hubungan diplomasi antara Malaysia dengan negara luar perlu dielakkan. Pembangkang mencipta pelbagai jalan cerita bagi menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara bankrap, zalim dan sekaligus memberi tanggapan tidak baik Malaysia pada mata negara luar.

Buat politikus dan totok pembangkang, hentikanlah amalan yang jijik itu. Alangkah lebih baik kalian membantu kerajaan pemerintah membangunkan negara dengan idea yang matang serta profesional.

#RakyatTakBodoh

1 comment:

  1. Pembangkang mengamal tektik memfitnah, menipu dan memecahbelahkan umat Islam...semuanya tektik yg dapigs belajar dari Singapura dan yahudi!

    ReplyDelete