AdSense

Thursday, February 23, 2017

Kisah SL1M yang buat pembangkang iri hati


Apa itu SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia?

Program SL1M ini bagaikan satu probation period yang disubsidi kerajaan. Dalam tempoh latihan, peserta dapat pengalaman, dapat faham, belajar selok-belok dan cara kerja yang betul daripada syarikat.


Rugilah jika tidak direbut segala manfaat yang terkandung di dalam program ini. Memetik tulisan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blognya, program SL1M yang telah dilancarkannya pada 1 Jun 2011 adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan graduan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kebolehpasaran (employability) mereka untuk memperolehi pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.


"Alhamdulillah, semenjak Program SL1M dilancarkan pada tahun 2011 sehingga Disember 2016, seramai 99,000 graduan telah dibantu secara langsung dan tidak langsung.

"Daripada jumlah ini, 90 peratus telah mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat swasta dan ada sebahagiannya yang telah berjaya diserap di syarikat yang melatih mereka. Saya dimaklumkan bahawa kehidupan peserta-peserta berubah menjadi lebih baik selepas mereka menyertai program SL1M. Ini menunjukkan bahawa program SL1M telah berjaya menjadi direct touch point Kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia secara amnya, terutamanya yang datang dari keluarga miskin atau tinggal di kawasan pedalaman, termasuklah golongan miskin bandar atau urban poor.


"Saya cukup berbangga dengan kisah kejayaan anak-anak SL1M yang dikongsikan petang tadi. Antaranya Saudari Pajilawati merupakan anak nelayan dari Kudat, Sabah, sekarang bekerja dengan Malaysia Airlines Berhad, Saudara Loi Tick Hong anak penoreh getah, sudah enam tahun bekerja di CIMB Bank, Saudara Basker yang dulu bapanya pemandu lori kini bekerja di Telekom Malaysia dan lain-lain lagi.

"Kebanyakan daripada mereka mempunyai humble beginning tetapi itu bukan halangan bagi mereka yang mengambil iktibar untuk berubah ataupun keluar dari kepompong kemiskinan dengan bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan. Kisah-kisah sebeginilah yang mendorong saya untuk terus berkhidmat untuk rakyat dalam mentransformasikan kehidupan seharian mereka kepada yang lebih baik. Selain daripada itu, isu kebolehpasaran graduan ini juga amat penting dalam memastikan agenda pembangunan negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tercapai.


"Insya-Allah melalui inisiatif kerajaan seperti SL1M, kita akan dapat menghasilkan generasi muda yang berdaya maju, kreatif dan berinovatif serta berdaya saing yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan."

Puak pembangkang memang tak boleh kalau tengok kejayaan-kejayaan yang terus dilakar kerajaan demi rakyat. Sudah banyak kali puak pembangkang akan mencuba sedaya upaya mereka menggagalkan segala usaha dan inisiatif kerajaan dalam membela rakyat.

Diharapkan selepas ini rakyat tidak lagi terpedaya atau terperangkap dengan permainan politik pembangkang yang sentiasa berada dalam keadaan iri hati terhadap kerajaan.

#SL1M
#TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment