AdSense

Monday, March 27, 2017

SPAD serius banteras ulat teksi di pintu masuk negara


Perkhidmatan kereta sapu haram atau ulat teksi, merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.


Jika dahulu di kawasan pedalaman, boleh juga terima dek akal.... Atas alasan pemandu dan penumpang saling mengenali antara satu sama lain. Duduk pun satu kampung. Namun ia tetap salah di sisi undang-undang dan mengundang risiko kepada penumpang - tiada pelindungan insurans dan terdedah kepada risiko jenayah seperti samun, cabul dan seumpamanya.

Namun aktiviti kereta sapu ini juga wujud di kawasan bandar. Termasuk di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Ia sekaligus memberi gambaran yang tidak baik kepada imej Malaysia yang semakin maju.

Lantas itu, Operasi Khas Parasit yang diadakan di Terminal 2 KLIA oleh Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan usaha proaktif yang giat dijalankan.

Dalam operasi berkenaan, pihak penguatkuasa SPAD berjaya menahan dua lelaki disyaki memujuk orang awam / warga asing yang baharu tiba di KLIA 2 untuk menggunakan perkhidmatan haram yang ditawarkan.

Usaha SPAD ini membuktikan bahawa kegiatan ulat teksi sebegini sememangnya dipandang serius. Ia bukan sekadar memburukkan imej Malaysia tetapi juga memberi kesan terhadap pemandu-pemandu teksi sedia ada.

Biarpun ada segelintir pemandu teksi yang menentang SPAD atau kerajaan, tetapi kedua-dua pihak SPAD dan kerajaan ini tetap menjalankan tanggungjawab mereka membela nasib pemandu teksi dalam membanteras ulat teksi.

Terima kasih SPAD!

No comments:

Post a Comment