AdSense

Thursday, April 6, 2017

19 maut setiap hari, apa cadangan pembangkang?


Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati sekurang-kurangnya 19 mangsa kemalangan maut direkodkan di negara ini setiap hari.


Demikian kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Oleh sebab itu kerajaan cukup komited mendidik masyarakat bagi memastikan angka berlakunya kemalangan termasuk melibatkan kematian dapat dikurangkan. Kalau boleh tidak berlaku langsung.

Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang akan berkuatkuasa mulai 15 April ini misalnya, bukan hanya mahu membeban atau menghukum pesalah tetapi lebih kepada mendidik.

Untuk makluman pembaca, melalui sistem AWAS, pesalah akan dikenakan demerit maksimum 20 mata yang membolehkan mereka diberi amaran, digantung atau dibatalkan lesen memandu mereka akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ianya sudahpun beroperasi pada 1 April baru-baru ini bagi tempoh percubaan sebelum dikuatkuasakan bermula 15 April 2017 dan beroperasi sepenuhnya di seluruh negara.

Setakat ini, terdapat 14 buah kamera diletakkan di kawasan berisiko tinggi terjadinya kemalangan.

Seperti yang penulis katakan tadi, AWAS ini bukan hanya mahu memberi beban kepada pesalah trafik tetapi lebih kepada mendidik. Tiada guna dikenakan saman beribu ringgit jika masyarakat masih tidak sedar tentang keselamatan jalanraya.

Cara mendidik adalah lebih berkesan untuk tempoh jangka panjang. Biarlah pengguna jalan raya berasa takut dengan kewujudan AWAS dan tidak lagi berani melanggar peraturan jalan raya.

Mudah-mudahan dengan wujudnya AWAS ini maka kadar kemalangan jalan raya dan kematian dapat dikurangkan pada tahap paling maksima.

Biarlah sistem ini tidak popular dan mendapat kecaman sesetengah pihak (pembangkang dan pesalah trafik) asalkan berupaya memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

*AWAS merupakan gabungan AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) dengan KEJARA (Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya).

2 comments:

  1. Gantung lesen ?
    Nak gi keje camaner ?
    Takkan nak naik teksi hari hari.

    Seems, no more vote for BN after these implementation.

    ReplyDelete
  2. Anon 1251 you mesti suka pandu laju kan?

    ReplyDelete