AdSense

Tuesday, April 25, 2017

DAP naikkan caj air - Penang kena kencing lagi...


Caj air naik bukti kelemahan pentadbiran LGE

Kerajaan Pulau Pinang terus membohongi rakyat apabila mahu menaikkan caj air kononnya dengan alasan mahu mengelak pembaziran.

Lim Guan Eng mendakwa pengguna di negeri itu sendiri yang mahukan kerajaan negeri menaikkan kadar caj.

Tahukah anda Pakatan Harapan (dulunya Pakatan Rakyat) menjanjikan caj air lebih rendah yang menjadi salah satu manifesto dalam Buku Jingga PRU13.

Namun apa yang terjadi di Pulau Pinang sejurus selepas PRU13?:

1. 2013: (Sejuruh lepas PRU) - Surcaj air naik 100%

2. 2015: Surcaj naik lagi. Caj ekstra 90 sen juga dikenakan sekiranya rakyat bayar di kaunter.

3. 2017 (Terkini): Naik lagi 100% antara 48 sen - RM1.00

Alasan yang sama diberikan iaitu mengelak pembaziran sedangkan kenaikan itu bagi menutup kelemahan urus tadbir sehingga menyebabkan kos pentadbiran meningkat.

#PakatanproDAP

No comments:

Post a Comment