AdSense

Friday, April 28, 2017

Fakta yang cuba dipadam : Isu TRW, MARA dan UniKL


"Sepatutnya MARA menaja pelajar dalam aspek pendidikan. Ini tidak. Taja pasukan bolasepak boleh, pendidikan tak boleh."

Demikian andaian tidak tepat sesetengah pihak. Ia sengaja dimainkan bagi menggambarkan persepsi yang tidak baik terhadap MARA.

Nak tahu apa sebenarnya berlaku dalam isu membabitkan MARA - The Red Warrior (TRW)? Baca artikel ini sampai habis.


IKLAN DI TRW

Pada kebiasaanya, mana-mana pengiklan yang hendak memasarkan produk mereka pada jersi pasukan bolasepak TRW, akan dikenakan bayaran mengikut posisi cetakan. Ada RM250ribu, RM300ribu, RM500ribu, RM1juta dan RM2juta. Iklan ini biasa disebut sebagai penajaan.

Nak tahu kenapa jersi TRW 'serabut' dengan iklan? Kerana TRW tidak menggunakan konsep CSR sebaliknya menawarkan pakej komersial. Sebab itu ada pasukan lain yang hanya ada beberapa ketul iklan saja pada jersi mereka. Mereka menggunakan konsep CSR. Satu logo dicetak dan diletakkan pada jersi pasukan mereka dan ia tidak bermakna pasukan tersebut hanya ditaja oleh satu syarikat sahaja. Berlambak lagi syarikat atau pihak lain yang menajanya.

Dalam isu TRW, MARA dapat meletakkan iklan mereka di dua tempat pada jersi. Satu di belakang dan satu lagi di bahagian tepi dengan harga RM200 ribu untuk tempoh setahun. Jadi, tanggapan yang menggambarkan MARA 'rugi' atau membazir kerana meletakkan iklan mereka pada jersi TRW hanyalah permulaan kepada serangan persepsi.


Untuk makluman, setiap tahun orang berebut untuk meletakkan iklan mereka pada TRW. Sinar Harian umpamanya, sudah tujuh (7) tahun menaja pasukan TRW namun tidak pernah dikenakan bayaran RM200 ribu untuk dua tempat iklan. Bahkan nak letak logo 'Visit Malaysia' (agensi kerajaan) pun berharga RM1juta sementara syarikat telco pula RM2juta.

Kalau nak ikutkan, sepatutnya TRW yang 'bising', bukan MARA. Tapi sudah jadi terbalik pula. Apa yang pasti, pihak MARA dan PMB bijak dalam urusan rundingan mereka.

Begitu juga dengan UniKL. Tempat iklan mereka itu pada asalnya berharga RM1juta. Tetapi hasil kebijaksanaan rundingan, mereka hanya dikenakan bayaran RM500ribu. Namun ia tidak bermakna pihak UniKL 'menggadaikan' pendidikan pelajar.  Tidak timbul UniKL menggunakan dana biasiswa atau tajaan kerana sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri, terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan lain-lain, di mana mereka mempunyai peruntukan khusus untuk tujuan itu.

CONFLICT OF INTEREST

Bila MARA dapat 2 tempat iklan dengan harga RM200 ribu bagi tempoh setahun, ada pula yang cuba gambarkan wujud 'conflict of interest' - wujud campur tangan pihak berkepentingan.

Sedia maklum Tan Sri Annuar Musa pernah menyandang kerusi Presiden KAFA, ada nama dalam syarikat TRW Sdn Bhd dan kini merupakan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) serta Pro Canselor UniKL - tidak ada kuasa eksekutif pun, hanya sampaikan ijazah kepada graduan setahun sekali.


Penulis difahamkan, memang benar Annuar ada mempengerusi mesyuarat tetapi ia hanya bagi cadangan belanjawan untuk PMB.

Benar, ada tertulis RM1juta untuk pasukan TRW (bukan syarikat). Namun ia baru diperingkat cadangan dan Annuar tidak meluluskan cadangan tersebut. Sebaliknya yang tercatat di dalam minit mesyuarat ialah kelulusan RM6juta bajet untuk PMB dalam mempertingkat program-program berkaitan. Hendak belanja apa, ia di bawah kuasa pentadbiran PMB.


Dijelaskan di sini bahawa isu iklan MARA RM200ribu di jersi TRW bukan urusan ahli lembaga pengarah sebaliknya hanya diperingkat pengurusan. Jika hendak kaitkan dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Annuar itu maka sepatutnya cadangan belanjawan yang RM1juta itu diluluskan. Di sini sudah membuktikan bahawa fakta menewaskan fitnah.

Menyedihkan apabila ada kemungkinan wujud situasi yang tidak sihat. Ada cubaan yang mendesak pihak pengurusan PMB mengaku bahawa si polan bin si polan menyuruh membuat tajaan yang berkenaan. Seperti ada misi lain pula. Bukan hendak mencari kebenaran sebaliknya mencari kesalahan.

No comments:

Post a Comment