AdSense

Saturday, July 15, 2017

3 nakhoda boneka, DAP sebagai GODFATHER


Parti DAP menguasai kerusi Parlimen lebih banyak berbanding PKR, PAN dan PPBM. Namun pemimpin mereka tidak wujud di kerusi teratas pimpinan Pakatan Harapan (PH). Mahathir (PPBM hanya ada 1 kerusi Parlimen), Anwar (PKR) dan isteri kepada Anwar iaitu Wan Azizah (juga PKR) pula secara rasminya menjadi tiga nakhoda boneka bagi menggerakkan Pakatan Pro DAP berdepan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.


Jelas ini satu lagi usaha pemimpin parti pembangkang memperbodohkan rakyat. Cuba menyorok big bos (kerusi Parlimen paling banyak) DAP daripada berada di barisan hadapan PH. Ini berikutan mereka sedar bahawa nama DAP itu sendiri sudah semakin busuk sejak akhir-akhir ini.

Antara lain, masalah DAP dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) masih lagi belum selesai - perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan juga kes rasuah membabitkan anak Lim Kit Siang (Penasihat DAP) iaitu Lim Guan Eng (kini pegang jawatan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang).

Biarpun menyedari pemimpin DAP tidak boleh berada di kerusi teratas PH tetapi ia tidak bermakna mereka (DAP) lemah. Sebaliknya menjadi strategi rapi iaitu mengangkat DAP sebagai Godfather - Kuasa yang paling berkuasa dibalik tabir.

Melihat kepada gelombang sokongan rakyat hari ini, politik kebencian dan perpecahan semakin ditolak. Sementara ia merupakan modal utama Pakatan Pro DAP dalam usaha merampas seterusnya menghancurkan Putrajaya. Lantas itu 3 nakhoda boneka ini dilihat akan menjalankan kerja-kerja memecahkan masyarakat khususnya Melayu, sekaligus mengiyakan apa yang pernah keluar daripada mulut pakar strategi DAP yang ada menyebut "Melayu screw Melayu".

Dapatkah 3 nakhoda boneka itu menjayakan misi tersebut sekaligus membawa berita gembira ketika mengadap Godfather mereka? PRU14 adalah jawapannya.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula menyifatkan Pakatan Pro DAP ketika ini sedang panik untuk menghadapi PRU14. Mereka semakin terdesak sehingga terpaksa mengumumkan senarai baharu pimpinan PH.


Pemimpin berpengalaman seperti Annuar melihat pengumuman 3 nakhoda boneka itu sebagai usaha menyorok DAP. Mereka cuba menafikan bahawa PH itu sebenarnya Pakatan Pro DAP.

Selain itu perlantikan Guan Eng sebagai Timbalan Presiden PH pula sebagai cubaan 'menutup bangkai gajah' (kes rasuah).

Jadi, adakah rakyat Malaysia mahu menaiki kapal DAP bersama 3 nakhoda boneka yang masing-masing mempunyai agenda peribadi?

1 comment:

  1. Puppeteer dibelakang mereka adalah DAPKM.
    Hanya DAPKM yg membuat keputusan.
    Yg terenarai hanya membaca scripts keputusan tu

    ReplyDelete