AdSense

Sunday, July 2, 2017

Pembangkang nak musnahkan kejayaan masyarakat Labis? Ayuh pertahankan!


Pakatan Harapan dengan yakin dan angkuhnya mengeluarkan kenyataan akan merampas 15 kerusi milik Barisan Nasional (BN) di negeri Johor.

Kerusi yang dimaksudkan ialah Labis, Segamat, Sekijang, Muar, Ledang, Pagoh, Pasir Gudang, Pulai, Johor Bahru, Terbrau, Simpang Renggam, Ayer Hitam, Tanjung Piai, Sri Gading dan Parit Sulong.


Alasannya adalah kerana kesemua kerusi tersebut dimenangi BN dengan majoriti tipis - margin sekitar 10 peratus.

Di Labis umpamanya, calon BN daripada MCA Datuk Chua Tee Yong berjaya menewaskan lawannya S Ramakrishan daripada parti DAP dengan majoriti 353 undi ketika PRU13 lalu.
Kemenangan ini sekaligus menjadikan Chua sebagai Ahli Parlimen Labis bagi tempoh dua penggal berturut-turut.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Parlimen Labis

Hanya bersandarkan kepada angka itu, Pakatan Harapan merasakan parti mereka akan berjaya mengambil alih kerusi BN dengan mudah pada PRU14 akan datang.

Hakikat menyedari bahawa parlimen Labis merupakan antara kubu kuat BN sejak sekian lamanya. Ini dapat dibuktikan apabila kita menyelak semula rekod pada PRU12 - Chua memperolehi majoriti 4,094 undi.

Data PRU13 menunjukkan seramai 37,714 pengundi berdaftar di Labis. 47 peratus daripadanya adalah pengundi Cina, 36 peratus Melayu dan 15 peratus pengundi India.

Sedia maklum PRU13 merupakan sejarah yang kurang menyebelahi parti pemerintah BN apabila berlakunya tsunami politik dan sabotaj dalaman parti. Namun ia menjadi satu pengajaran yang bernilai buat pimpinan BN secara keseluruhannya.

Kesemua parti komponen BN kini dilihat bersama-sama 'membuang yang keruh dan mengambil yang jernih' dalam menjayakan aspirasi negara. Politik perpecahan dan fitnah anjuran pakatan menjadi perkara penting untuk ditentang.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi MCA Johor Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pernah memberitahu bahawa parti itu akan bertanding di lapan kerusi parlimen dan 15 DUN Johor pada PRU14 akan datang.

Penulis merasakan Labis adalah kerusi yang akan dipertahankan BN bersandarkan trek rekod baik Chua sebagai Ahli Parlimennya.

Antara kebanggaan masyarakat Labis sudah tentu pembinaan jalan raya pertama yang menggunakan teknologi Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) yang dijangka bermula 17 Julai ini dan siap pada Januari 2020.

Keratan Berita Harian
Untuk makluman pembaca, CMA adalah kaedah penurapan jalan baharu menggunakan bitumen (tar) dan getah beku sebagai bahan campuran asfalt yang boleh mengurangkan keretakan, aluran dan kos penyelenggaraan masa panjang yang menjimatkan.

Bukan itu saja, kerjasama antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) ini juga dapat menstabilkan harga getah dan mengurangkan impak kejatuhan harga ke atas pendapatan hampir 440,000 orang pekebun kecil getah di Malaysia!

Pembaca pasti sedar bahawa sesebuah kawasan itu tidak mungkin maju dan sejahtera tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. Sebab itu, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat Labis di bawah pentadbiran Chua yang juga merupakan Naib Presiden MCA mewakili BN adalah sesuatu yang perlu dipertahankan.









Begitu juga masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya. Pimpinan kerajaan BN sentiasa mendahulukan rakyatnya. Selain itu masyarakat Malaysia juga harus menolak politik kebencian dan perpecahan ajaran pakatan pembangkang.

#PRU14
#Labis
#BarisanNasional

ANTARA FOTO YANG MENJADI PERISTIWA MANIS MASYARAKAT DI LABIS :












No comments:

Post a Comment