AdSense

Monday, August 14, 2017

2 'point' penting Ka Siong kepada jentera MCA runsingkan pembangkang


Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Johor Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberikan dua 'point' penting buat barisan jentera parti bagi berdepan puak pembangkang.


Pertama, jentera parti perlu memperbetulkan persepsi generasi Y khususnya dari kalangan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Iyalah, semakin hampir pilihanraya, pihak pembangkang atau lebih tepat dipanggil Pakatan Pro DAP semakin rancak menyebar persepsi dan serangan berbentuk fitnah terhadap BN.

Justeru itu, segala perbuatan kotor seperti tohmahan sedemikian perlu ditangkis jentera parti secara 'all out'.

Kedua, jentera parti juga perlu menjelaskan fakta sebenar kepada masyarakat diperingkat akar umbi. Ia bagi memastikan masyarakat tidak lagi diperdaya 'hidup-hidup' oleh pakatan pembangkang yang terkenal dengan tipu muslihatnya.

Lihat saja berapa banyak janji manifesto PRU13 yang  lepas masih lagi belum ditunaikan walaupun beberapa negeri berjaya dimenangi mereka. Tak habis-habis mereka sekadar menuding jari kepada kerajaan persekutuan.

'Point' Wee Ka Siong di atas memberikan kita isyarat bahawa pimpinan MCA memandang serius dalam usaha meraih sokongan daripada generasi Y khususnya anak muda Cina.

Golongan ini juga sering diperdaya oleh puak pembangkang dengan pelbagai helah termasuk menyelitkan sentimen emosi serta kebencian sesama masyarakat.

Ia sememangnya permainan politik yang tidak matang untuk dipraktikan dewasa ini. Sebagai sebuah negara majmuk, masyarakat seharusnya ditanam dengan semangat perpaduan sepertimana yang diamalkan oleh pentadbiran BN sejak dahulu sehingga kini.

Ini sajalah resepi kesejahteraan, keharmonian dan kejayaan bumi bertuah Malaysia.

Apa yang pasti, point ini akan menjadi tamparan hebat buat Pakatan Pro DAP. Kalau mereka mahu memperdaya masyarakat dengan persepsi dan fitnah, jentera MCA kini sudahpun bersiap sedia di barisan hadapan.

No comments:

Post a Comment