AdSense

Thursday, August 24, 2017

MCA ajak buka mata tengok hipokrit DAP


Ingat lagi tak isu Lynas di Kuantan? Ingat lagi bagaimana pemimpin pembangkang khususnya DAP memainkan peranan mereka dalam isu ini?  Ingat lagi bagaimana bangunan Parlimen dicemarkan dengan 'kehadiran' sekumpulan berbaju serupa angkasawan?


Kalau ingat, jangan pula buat-buat lupa. Ia adalah satu sejarah penipuan dan hipokrit mainan DAP. Ribuan rakyat berjaya diperdaya sehingga wujudnya Himpunan Hijau. Ribuan rakyat dikerah turun ke jalanraya bagi menjayakan misi politik DAP.


Untuk makluman, isu Lynas ini sebenarnya satu strategi pembangkang (DAP sebenarnya) bagi meraih sokongan rakyat pada PRU13. Kononnya mengundang penyakit kepada masyarakat setempat. Kononnya wujud radiasi yang sangat merbahaya.

Penulis eggan menulis panjang lebar mengenai isu politik mainan DAP ini. Cukuplah penulis memetik kenyataan melawan arus Ahli Parlimen Kuala Langat (PAS) Dr. Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear. Katanya, tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang itu adalah di tahap yang rendah.

Dalam masa sama, Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat. Petikan ini tersimpan elok dalam arkib penulis bertarikh Jun 2012.

Nama individu yang popular dalam 'Misi Lynas' ini ialah Wong Tack. Pada mulanya beliau diperkenalkan sebagai seorang aktivis alam sekitar. Namun ianya hanya strategi politik DAP. Pada PRU13, nama Wong Tack disebut sebagai calon DAP untuk kerusi di Bentong! Lelaki ini memang dirancang untuk dipopularkan menerusi kertas kerja 'Misi Lynas'.


Lebih dahsyat ialah peristiwa pada Himpunan Hijau membantah projek Lynas yang diadakan pada tahun 2014. Sekumpulan yang diketuai Wong Tack selaku Pengerusi Himpunan Hijau bertindak melanggar undang-undang dengan mengingkari arahan pihak polis supaya bersurai.

Salah seorang peserta bertindak menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam dengan menendang Detektif Korporal Isaher@Azhar Abd Hamid yang cuba menangkapnya dengan menyepak dan mencakar sehingga mendatangkan kecederaan di kaki dan muka mangsa.

Penulis masih ingat, rakyat sekali lagi ditipu dengan helah politik DAP apabila Wong Tack bersama kumpulannya dikatakan ditindas pihak berkuasa. Seorang aktivis ditangkap hanya kerana memperjuangkan alam sekitar! Itulah dialog yang meniti di bibir masyarakat setelah pemikiran mereka diracuni jentera pembangkang. Maka ramailah rakyat yang tidak berfikir panjang terpedaya dengan sentimen emosi tersebut. Padahal ini semua sudah dirancang dengan teliti.


Jika benar Wong Tack aktivis alam sekitar, kenapa beliau membisu apabila timbul isu kilang haram memproses habuk kayu di Sungai Lembu? Adakah kerana ia melibatkan rakan sendiri iaitu Exco DAP Pulau Pinang bersama ahli keluarganya? Atau big bos Guan Eng sudah mengarahkan supaya mana-mana aktivis dan NGO pro DAP mengunci mulut daripada menyentuh tentang isu ini?


Begitu juga dengan isu tambak laut yang berupaya mencemarkan alam sekitar, pemimpin DAP yang kononnya aktivis ini hanya memalingkan muka masing-masing, acah-acah tak nampak dan pekak.


Sebab itu parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengajak masyarakat supaya membuka mata seluas-luasnya. Pemimpin DAP hanya bermain politik sepanjang masa. Mereka berlagak kononnya pembela rakyat walhal hakikatnya, pemimpin DAP ini rakus mengejar kepentingan peribadi. Bising pasal Lynas tapi membisu dalam isu kilang haram atau dikenali dengan gelaran 'kilang kebal undang-undang'.

10 tahun beroperasi bebas sehingga pihak SPRM turun padang selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kilang tersebut. Sudahlah haram, membawa penyakit pula kepada masyarakat setempat. Kenapa aktivis dan NGO pro DAP tidak mengadakan demonstrasi jalanan?

Bukalah mata.... Cukup-cukuplah rakyat diperdaya dan diperbodohkan oleh pemimpin DAP.

No comments:

Post a Comment