AdSense

Wednesday, August 16, 2017

MUKA DEPAN - KES RASUAH


Penulis sangat menyokong 'solidariti' akhbar / media tempatan yang menyiar dan memaparkan berita Isa Samad - SPRM. Isa pun dah letak jawatan Pengerusi FIC.



*Gambar terakhir itu ialah Exco Pulau Pinang DAP. Tak mahu letak jawatan. Kes kilang haram sejak 10 tahun lepas. Punca penduduk setempat sakit dan mencemarkan alam sekitar. Nama lain, 'kilang kebal undang-undang'.

Penulis tak salahkan akhbar / media tempatan kerana tidak 'bergabung' tenaga menyiarkan berita exco tersebut. Barangkali semuanya terleka dengan isu #Suar #KerusiTerbang PPBM tempoh hari. Apa yang digelar 'divert' - alih isu tumpuan pada ketika itu. Mahathir berjaya menjalankan kerja-kerja untuk DAP. Tahniah.



Sebelum ini penulis ada membaca, tak pasti di mana, sama ada tulisan Beruang Biru, Johari Ishak, Ab Jalil atau di mana... yang menulis mengenai kepantasan peguam pro DAP mempertahankan exco Pulau Pinang tersebut.

Tengok saja gambar, betapa pantas juga pemimpin tertinggi DAP memeluk exco terbabit. Walhal Lim Guan Eng dah memohon maaf kepada penduduk setempat sekaligus membuktikan beliau mengakui kesilapan pentadbiran negeri. 10 tahun beb dia orang 'buat silap'.

Alasan tak boleh diambil tindakan meroboh kilang tersebut ialah kerana dasar kerajaan negeri. Bestkan alasan dia perbodohkan rakyat?

Paling best, lidah rasmi DAP Roket Kini ada menyiarkan tulisan big boss mereka, Lim Kit Siang bertarikh 14 Ogos 2017. Apa lagi, tulisan menuding jarilah. Kes kilang haram, dia cuba mengheret nama Perdana Menteri pula. Biasalah, itu saja cara mereka mengelirukan rakyat dan menagih simpati.

CAT - Cekap, Amanah, Telus kah pentadbiran DAP Pulau Pinang? Jika ya, bagaimana isu rasuah menjadi tumpuan di negeri Pulau Mutiara?



#Ubah #IniKaliLah #Banglo

No comments:

Post a Comment