AdSense

Tuesday, August 15, 2017

MUNGKIN JAWAPAN MAHATHIR SENTUH SENSITIVITI MASYARAKAT DI MEMALI - ORANG KEDAH


Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri bertanggungjawab menyebabkan berlakunya ke­kecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini berikutan jawapan Dr. Mahathir berhubung tragedi berdarah Memali yang mungkin menyentuh sensitiviti peserta forum tersebut.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihak pembangkang tidak perlu menuding kepada parti pemerintah berikutan kekecohan pada forum anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan.

“Penganjur sendiri hendak buat Nothing To Hide 2.0. Jadi, apa insiden yang berlaku itu adalah di atas tanggungjawab mereka sendiri.

“Dalam masa sama, Dr. Mahathir bertanggungjawab ke atas insiden kekecohan kerana mungkin jawapan beliau tentang Memali itu ada kaitan dengan orang atau keluarga yang terlibat dalam peristiwa berkenaan. Peristiwa Memali telah menyebabkan kematian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Koir Antara Bahagian Sempena Bulan Kemerdekaan 2017 di sini hari ini.

Sehubungan itu Mahdzir mahu pihak penganjur mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan berhenti menuding jari kepada pihak lain.

Malah katanya, program tersebut sepatutnya tidak perlu dianjurkan namun Dr. Mahathir dilihat tetap mahu mengambil peluang untuk bercakap soal politik sehingga menyebabkan insiden berkenaan tercetus.

“Kita kutuk perbuatan (yang menyebabkan kekecohan) itu tetapi jangan menyalahkan orang lain dan parti kerajaan. Biar pihak polis siasat perkara itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment