AdSense

Friday, August 25, 2017

Peristiwa di kilang haram Sg Lembu yang cuba disorok DAP


Sejurus pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak terhadap sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Pulau Pinang, ia kemudiannya menarik minat ramai pihak untuk mengetahui dengan lebih lanjut, apa sebenarnya berlaku? Kenapa kilang ini dilabel sebagai KILANG KEBAL UNDANG-UNDANG?

Ia mungkin info baharu kepada kebanyakkan pembaca, namun bagi penduduk tempatan, kilang haram ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan mereka sejak 10 tahun lalu.


Untuk mengetahui peristiwa yang disorok ini, satu laman, The Third Force ada menyiarkan tulisan yang berupaya mengejutkan pembaca semua. Penulis ringkaskan tulisan tersebut dan ulang siar di laman ini.

1 Mac 2011
Penduduk tempatan merakamkan beberapa keping gambar yang menunjukkan pembakaran terbuka di kilang terbabit. Ya, pembakaran itu sememangnya mengundang risiko penyakit kepada penduduk. Tindakan? Tiada. Kilang haram ini kekal gah seolah-olah tiada apa yang berlaku sementara penduduk tidak dapat berbuat apa-apa, terpaksa hidup dalam ketakutan berdepan pelbagai risiko penyakit dan sebagainya.



24 April 2015
Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada menulis surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk mengambil tindakan susulan terhadap kilang ini.

ADUAN : KILANG MENGUSAHAKAN HABUK KAYU BAKAR MENIMBULKAN PENCEMARAN ASAP DI JALAN SUNGA LEMBU, SEBERANG PERAI TENGAH


6 Mei 2015
Berlangsungnya satu mesyuarat. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah 'declassified' (menyahklasifikasikan) minit mesyuarat bagi membuktikan bahawa Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh telah menangani masalah atas kapasiti sebagai Exco Alam Sekitar yang berkebajikan.

Namun Guan Eng gagal menjelaskan para 3.3(ii) yang mengatakan, "Jabatan Alam Sekitar boleh menyokong pengoperasian kilang ini sekiranya aktiviti pembakaran habuk dibuat secara tertutup dan memastikan alat kawalan keselamatan digunakan.


Sebaliknya apa yang berlaku, ia gagal dipatuhi oleh kilang tersebut seolah-olah kilang itu lebih berkuasa berbanding Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada hari sama, seorang pemandu lori yang menghantar habuk papan ke kilang haram tersebut terbabit dalam kemalangan selepas terjatuh ke dalam salah satu lubang terbakar (ada 31 lubang keseluruhannya). Pemandu berkenaan terbakar 93 peratus dan dilaporkan meninggal dunia beberapa jam selepas kemalangan.

Macam tidak pernah berlaku kemalangan dan kematian saja di kilang ini kan?

10 September 2015
MPSP menulis surat kepada ADUN Penanti (PKR), Dr. Norlela Ariffin bersama Notis Mengosongkan Bangunan.


Oh ya, sebelum terlupa, Dr Norlela merupakan antara individu yang mengetengahkan isu kilang ini. Ini sudah membuktikan gabungan DAP-PKR bawah nama Pakatan Harapan di Pulau Pinang sedang retak.

25 April 2017
Borang Laporan Menyuarat. Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah SPT. Dr Norlela tidak berpuas hati walaupun sebutan kes pendakwaan ke atas kilang tersebut telah ditetapkan oleh mahkamah pada 27 April 2017 tetapi kilang ini masih lagi beroperasi sehingga kini. YB memohon supaya MPSP mengambil tindakan selain dari tindakan mahkamah bagi memastikan kilang tersebut dihentikan operasi.



15 Ogos 2017
Guan Eng mengatakan kerajaan negeri sedar dan tahu bahawa kilang tersebut memberikan impak negatif kepada penduduk setempat. Ayat seorang politikus. Sudah tahu dan sedar tetapi apa tindakan?

23 Ogos 2017
Guan Eng menyiarkan gambar pertemuannya dengan beberapa kerat penduduk Kg. Sg. Lembu. Difahamkan, mereka itu adalah pentaksub dan penyokong tegar beliau.

Pentadbiran kerajaan negeri DAP di bawah pemerintahan Guan Eng sebenarnya boleh diumpamakan seperti cacing kepanasan. Pergaduhan antara pimpinan DAP-PKR di negeri itu tidak dapat dibendung.


Guan Eng dan DAP tiada cara lain, tambahan pula PRU14 bakal tiba. Sudah tentu Guan Eng cuba menggambarkan hubungan DAP-PKR adalah dalam keadaan baik. Maka itu, Guan Eng terpaksa menuduh Barisan Nasional bermain politik kotor dalam isu kilang haram ini! Inilah amalan Guan Eng dan DAP, menuding jari kepada pihak lain di atas kesalahan / kelemahan diri sendiri.

Pembaca boleh membaca tulisan penuh The Third Force di sini

Melihat kepada pendedahan ini, satu saja persoalan yang berlegar-legar di fikiran penulis. Adakah ini contoh pemerintahan yang baik? Pentadbiran yang cekap, amanah dan telus sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?

No comments:

Post a Comment