AdSense

Tuesday, August 15, 2017

POCA : Pembangkang berasa malu sebab lempar tuduhan buruk suatu ketika dahulu



Dulu ketika Kabinet baru nak luluskan Akta Pencegahan Jenayah (POCA), kita dapat melihat pelbagai komen dan reaksi masyarakat.

Ada yang kata POCA ini pengganti ISA, tidak kurang juga yang kata ia akta baru yang diwujudkan kerajaan pemerintah bagi meneruskan pemerintahan ala diktator.


POCA mula dikuatkuasakan pada tahun 1959. Pada ketika itu, ia lebih kepada pencegahan jenayah di dalam Semenanjung Malaysia membabitkan jenayah kongsi gelap dan ancaman terhadap keselamatan negara.

Namun POCA dipinda pada tahun 2014 (Pindaan dan Pemerluasaan) sekaligus menjadi lebih efektif dari sudut keberkesanan dalam mencegah jenayah kekerasan.

Selain itu ia dapat mengimbangi hak asasi manusia seiring dengan keselamatan dan keamanan negara. Lebih menarik, akta ini juga menghadkan kuasa menteri sekaligus menafikan dakwaan kononnya pemerintah akan menyalahgunakan kuasa mereka.

Penulis bukanlah hendak memihak kepada mana-mana pihak. Tetapi penulis suka merujuk kepada fakta dan realiti. Sejak dipinda, kadar jenayah di Malaysia mencatat penurunan sebanyak 47 peratus sehingga ke hari ini.

Bagi penulis, statistik ini adalah satu hasil yang cukup positif dalam usaha negara menangani isu keselamatan dan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment