Monday, August 7, 2017

PRU14 : 'Come back' orang Cina sokong BN


Tiga pilihan raya kecil (PRK) terbaru iaitu di Teluk Intan, Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi tanda ukur, dianalisa oleh semua parti politik samada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Harapan (PH). Pastinya ia gambaran positif buat BN dan negatif bagi PH. Adakah ini petanda pengundi Cina kembali menyokong BN selepas tsunami Cina pada PRU13?


Realitinya, semakin hari kelihatan orang Cina sudah kembali kepada BN. Ia diakui sendiri oleh pemimpin DAP yang mendominasi PH. Antara sebab kenapa masyarakat Cina kembali kepada BN ialah kerana bosan dengan permainan politik pembangkang. Iyalah sepanjang masa berpolitik sehingga mengabaikan rakyat.

Ia ditambah lagi dengan isu-isu intergriti membabitkan pemimpin DAP itu sendiri. Tidak cukup itu, kemunculan Tun Mahathir yang berlagak kononnya dianggap 'nafas baru PH' ternyata menambahkan lagi rasa meluat penyokong PH.

Penulis sendiri berada rapat dengan masyarakat Cina di bandar khususnya generasi muda. Bagi mereka, Tun Mahathir bukanlah penyelamat tetapi pemusnah. Kebanyakkan mereka sendiri enggan menerima 'jejak kasih' Tun M - Lim Kit Siang - Anwar Ibrahim. Gen Y hari ini yang banyak membuat 'research' di internet tidak boleh menerima permainan politik yang secara terang memperbodohkan rakyat. Sedari kecil diasuh membenci Tun M, pastinya sukar untuk menyayangi manusia diktator yang popular dengan 'kuasa ISA'nya itu.

Memetik kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, masyarakat Cina tanpa berselindung memberikan sokongan kepada BN selepas PRU13. Ini kerana, mereka menyedari bahawa kerajaan pimpinan PH gagal menjalankan mandat dengan baik. Berbeza dengan BN yang banyak membela rakyat dan membangunkan negara.

Sedia maklum isu pendidikan dan ekonomi menjadi pilihan tertinggi masyarakat Cina. Bila lihat kerajaan BN bertungkus lumus memberikan yang terbaik dalam dua bidang itu, masyarakat Cina terpaksa akui bahawa BN lebih baik daripada PH yang hanya pandai menabur janji.


Masyarakat Cina juga memerhatikan apa yang diusahakan pemimpin BN seperti Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ekonomi dan keusahawanan dirancakkan secara holistik demi pembangunan ekonomi negara. Hubungan diplomasi yang baik antara kerajaan Malaysia - China sebagai kuasa besar ekonomi dunia umpamanya telah membuka mata masyarakat Cina. Maka tidak hairanlah jalinan perniagaan antara usahawan Malaysia - China hari ini semakin mantap. Inilah diharapkan oleh mana-mana pengundi. Mereka mahukan pemerintah yang menunaikan janji dan bukan hanya pandai retorik.

Selak kembali manifesto PH di Selangor pada PRU13, kononnya mahu memberikan pendidikan percuma. Bila sudah menang dan menjadi pemerintah, janji tinggal janji.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Rakyat di sana mula sedar dan melihat wajah sebenar DAP. Penjualan tanah menjadi bualan utama di sana. Kalau dulu zaman BN, tanah dijual bagi memberi laluan kepada pembangunan dan ianya tidak terlepas kepada kuasa luar. Berbeza dengan pemerintahan DAP hari ini. Soal kedaulatan dan maruah sesuatu tanah jajahan bukan lagi menjadi satu isu penting. Mengaut untung dan mengumpul kekayaan peribadi pula menjadi keutamaan.

Selain itu kes Ketua Menterinya yang dihadapkan ke mahkamah juga menjadi faktor pengundi Cina semakin menjauhi DAP. Krisis dalaman parti seperti pemilihan CEC juga memualkan masyarakat khususnya ahli DAP sendiri. Apa yang jelas, cara pentadbiran ala diktator seperti yang dipraktikkan oleh dinasti Lim semakin lama semakin ditolak. Tidak hairanlah big bos DAP Lim Kit Siang dengan cepat mengambil keputusan lari daripada kawasannya di Gelang Patah selepas menyedari sokongan rakyat terhadapnya semakin berkurang.

Rakyat sedang memerhati. Penganalisis menjangkakan pengundi Cina akan kembali menyokong BN sehingga 30 peratus pada PRU14 kali ini berbanding 13.45 peratus pada PRU13. Tinggal lagi menunggu masa tarikh pilihanraya diumumkan.


No comments:

Post a Comment