AdSense

Monday, September 18, 2017

Kenapa Presiden MCA seru orang Cina hargai PM Najib? INI SEBABNYA...


Hargai sifat moderat dan inklusif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Itulah pesan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada lebih 15 ribu hadirin pada Perhimpunan Patriotik Masyarakat Cina di PWTC baru-baru ini.


Kata Liow, Najib amat dikenali dengan sifat terbuka dan sokongan beliau terhadap pendidikan Cina sejak menjadi Menteri Pendidikan sehingga kini wajar dihargai.

Antaranya, memansuhkan Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan 1961, meluluskan penubuhan universiti swasta, meluluskan pembinaan sekolah persendirian Cina Chong Hwa (Kuantan) dan 2 cawangan sekolah menengah Foon Yew di Kulai dan Bandar Sri Alam, Masai Johor.

Selain itu, peruntukan khas turut diberikan dengan jumlah lebih RM600 juta kepada SJKC sejak tahun 2009 hingga 2016.

Najib ketika membalas ucapan Liow mengatakan tiada masalah untuk kerajaan membina sekolah jenis Cina namun satu saja diminta. Iaitu, masyarakat Cina perlulah fasih berbahasa kebangsaan - Bahasa Melayu. Jadikan Liow dan Timbalannya Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebagai contoh. Inilah jati diri sebenar warganegara Malaysia.


Untuk makluman pembaca, Liow dalam ucapannya pada hari itu banyak menyentuh tentang fakta kejayaan Malaysia sejak Najib menjadi Perdana Menteri. Bukan saja pendidikan orang Cina dibela tetapi ekonomi negara juga terus mantap dan kukuh.

Wawasan dan hala tuju Perdana Menteri adalah jelas dan tegas. Benar-benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

KDNK meningkat dari USD202 bilion (tahun 2009) kepada USD296 (2016). Manakala pendapatan per kapita turut melonjak dari RM26 ribu kepada RM41 ribu.

Pelaburan langsung asing (FDI) juga meningkat dari RM5.1 bilion kepada RM41 bilion.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut menyentuh tentang 'Greater Kuala Lumpur'. Katanya, projek-projek infra rakyat terus dilaksanakan. MRT, tambahan jajaran LRT, ECRL, HSR, TRX, Taman Tugu sampaikan sungai yang kotor turut dibangunkan seterusnya memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi serta merancakkan industri pelancongan negara.

Inilah antara bukti kejayaan kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib yang mengetuai parti Barisan Nasional (BN). Ia juga kesinambungan kejayaan pemimpin terdahulu.

Sejak negara belum mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin terdahulu banyak berkorban demi mencapai kemerdekaan. Dahulu, pejuang negara menjadikan 'muafakat membawa berkat' dan 'bersatu teguh bercerai roboh' sebagai prinsip.

Pemimpin terdahulu bersatu padu dalam konsep keterangkuman. Konsep perkongsian kuasa menjadi asas dalam menentukan hala tuju negara.

Semangat ini terus meresap ke dalam tubuh perjuangan parti BN. Sedia maklum, parti BN berteraskan kepada 5 prinsip iaitu :

1. Hormat menghormati.
2. Kerjasama semua kaum.
3. Keharmonian.
4. Perpaduan.
5. Konsensus.

Sekiranya ada masalah, mereka akan menyelesaikannya melalui semangat Musyawarah. Inilah resepi kekuataan BN yang tidak ada dalam parti pembangkang.

Oleh yang demikian, semua masyarakat harus bersikap waras dengan menerima fakta kejayaan ini. Tiada lagi parti yang mampu mentadbir negara sebaik BN.

Untuk kaum Cina, bukalah mata dan usah lagi terpedaya dengan kempen politik puak pembangkang khususnya DAP. Terbukti DAP bukanlah pilihan yang baik. Tambahan pula parti itu hanya mempromosikan politik perkauman dan kebencian yang tidak memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

No comments:

Post a Comment