AdSense

Thursday, September 7, 2017

Mengenali COO baharu SPAD, Qamar Wan Noor


Berkuatkuasa 5 September 2017, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyambut kehadiran Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baharu iaitu Qamar Wan Noor.

Siapakah beliau?


Untuk makluman pembaca, Qamar merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan bukan sahaja dalam negara bahkan luar negara.

Penerima anugerah magna cum laude Sarjana Muda dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimi dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990 ini telahpun memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli teknologi penapisan di Shell pada tahun 1990 lagi.

Bukan calang-calang pemimpin, sudah 26 tahun Qamar memberikan khidmatnya bersama Shell. Di sana, beliau bertanggungjawab sebagai pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Qamar juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yang memastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudiannya di Malaysia serta Singapura. Hebat!

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, kepimpinan dan pengalaman Qamar yang luas dan menyerlah dalam berurusan dengan pihak-pihak berkepentingan, perancangan korporat, pengurusan projek, operasi pengagihan dan pengedaran serta strategi pembangunan untuk perniagaan serantau, amat bernilai bagi SPAD sebagai perancang dan pengawal selia pengangkutan awam daratnegara.

Dalam kenyataan sama, SPAD mengatakan bahawa Qamar akan bertanggungjawab terhadap transformasi keseluruhan industri-industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur-infrastruktur berkaitan.

Ini termasuk pelaksanaan projek-projek nasional seperti myBAS di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti dan penyusunan semula rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi memastikan mod pengangkutan bas cekap, bersepadu dan mampan serta menekankan peningkatan mutu perkhidmatan bagi pengguna.

Sedia maklum, industri pengangkutan awam darat merupakan sektor yang berkembang pesat, dan SPAD bertekad untuk meningkatkan kepelbagaian warga kerja Suruhanjaya bagi semua peringkat.

Editorial Suara Lensa mengucapkan selamat bertugas dan berkhidmat buat Qamar.

No comments:

Post a Comment