AdSense

Friday, September 15, 2017

Perbualan rakyat dan menteri ini buka mata pengguna socmed


Esok, 16 September kita akan meraikan Hari Malaysia. Negeri Sabah menjadi tuan rumah penganjuran Hari Malaysia dan berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir pada malam esok bersama-sama dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Unik dan harmoninya Malaysia, tiada siapa dapat sangkal. Sejak sekian lama, Malaysia kekal menjadi sebuah negara yang bersatu padu.

Bercakap tentang semangat perpaduan, penulis tertarik dengan sebuah video pendek bertajuk 'Citizens' yang dilakonkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Video yang dihasilkan oleh Pete Teo dan Liew Seng Tat ini dimuatnaik sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2017 baru-baru ini.

Berdurasi selama 5.54 minit, lakonan Liow bersama isterinya itu cuba memberikan mesej bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sedang menuju kejayaan. Setiap kejayaan itu perlu didokong oleh masyarakat tanpa mengira kaum.

Biarpun cuba memberi mesej positif, kumpulan anti-kerajaan dan Pakatan Pro DAP berasa tidak senang dengan video yang ditonton sebanyak 281,765 kali di laman Pete Teo Television. (Data setakat jam 10.36am, 15 Sept 2017).



Segelintir mereka menganggap video tersebut mencemarkan imej komuniti Cina kerana digambarkan sebagai etnik yang membenci negara.

“Saya tidak nampak sebarang percubaan untuk mencemarkan imej atau menggambarkan kaum Cina sebagai kumpulan yang tidak menyukai negara," tegas Liow pada 4 September 2017.

Untuk makluman pembaca, watak-watak di dalam video tersebut hanya bercakap tentang semangat pembinaan bangsa. 


Inilah usaha dan peranan pemimpin di dalam komponen Barisan Nasional. MCA yang rapat dengan komuniti Cina sentiasa membela nasib kaum kedua terbesar di Malaysia ini. Jauh berbeza dengan satu lagi parti iaitu DAP yang hanya memperjuangkan Dinasti Lim.

Tidak cukup itu, dinasti Lim juga mengamalkan pemerintahan kuku besi atau diktator. Tiada istilah demokrasi di dalam parti bersimbol roket itu. Belum lagi sentuh soal rasuah dan salahguna kuasa. Isu pembelian banglo mewah dibawah harga pasaran, kilang haram di Sungai Lembu, Pulau Pinang dan lain-lain.

Berbalik pada semangat perpaduan...

Semangat perpaduan antara kaum yang dipraktikkan oleh BN merupakan faktor utama negara Malaysia kekal aman dan harmoni. Bukan senang hendak menguruskan sebuah negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk.

Bila sentuh soal perpaduan, kita bukan saja fokus pada orang Melayu, Cina, India sahaja. Tetapi juga masyarakat komuniti yang lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Kita semua adalah warganegara Malaysia.

Seperti kata Liow dalam video, usah cepat mengalah. Benar pentadbiran BN ada cacat celanya. Namun ia sedang ditambahbaik. Kerajaan yang ada hari ini lebih baik berbanding parti-parti lain.

Segala perancangan untuk menjayakan agenda negara untuk rakyat telah / sedang berjalan.

Hendak mentadbir sebuah negara bukannya mudah... Pokok pangkal, kita semua harus bersatu-padu dan terus memberikan sokongan serta keyakinan terhadap BN. Satu-satunya pemerintah yang benar-benar membela nasib rakyat di Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!

#1MalaysiaNegaraku
#NegarakuSehatiSejiwa

No comments:

Post a Comment