AdSense

Saturday, September 30, 2017

PESTA ARAK : Kerajaan PH tak sepakat - Wee Ka Siong


Usah sembang tajuk berat, tajuk pesta arak ni pun kerajaan Pakatan Harapan tidak sepakat dalam menyatakan pendirian masing-masing.

Pemimpin-pemimpin dalam kalangan parti pakatan iaitu DAP, PKR, PPBM dan PAN masing-masing mempunyai pendirian berbeza. Begitu juga dengan PAS di Selangor khususnya.


"Sekejap kata tidak ada masalah jika dianjurkan di kawasan lapang, sekejap pula kata perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan tempatan dan polis," sinis Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam.

Untuk makluman, pihak kerajaan termasuk MCA secara sebulat suara menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak membenarkan penganjuran pesta arak di Publika ibunegara pada bulan depan. Pihak kerajaan Barisan Nasional dengan rasa bertanggungjawab patuh pada saranan pihak polis supaya penganjuran tersebut tidak diadakan atas faktor keselamatan awam.

Kalau hendak tuduh ini isu perkauman, kenapa MCA menyokong keputusan pihak berkuasa? Ahli-ahli MCA pun ada yang minum arak. Ramai kaum Cina di Malaysia juga minum arak. Kedai menjual arak pun senang didapati. Restoran yang ada jual arak pun banyak.


Namun MCA mengambil keputusan bukan semata-mata meraih sokongan masyarakat. Tetapi lebih daripada itu. MCA melihat isu ini secara menyeluruh. Bukan mengikut pemikiran sempit seperti PH terutamanya DAP. MCA merasakan keselamatan orang ramai adalah keutamaan. Tambahan pula sekarang jenayah semakin tidak diduga termasuk kewujudan kumpulan pengganas atau militan.

Orang bukan Islam bukannya tak boleh minum arak. Minumlah tapi bukan ditempat terbuka dan sampai hendak mengadakan pesta besar-besaran. Ia akan membuka ruang kepada masalah keselamatan orang ramai.

Dalam perkembangan sama, Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam ini turut mengharapkan supaya kerajaan negeri Selangor bersikap jujur, berprinsip dan berpendirian tegas di dalam isu ini.

Lebih-lebih lagi penganjuran pesta tersebut dialihkan ke Selangor dengan menukarkan nama October Festival 2017 kepada Centro German F&B Party.

Adakan di kawasan tertutup atau terbuka dan mempertaruhkan keselamatan orang ramai semata-mata mahu meraih sokongan bakal pengundi pada PRU14?

1 comment:

  1. Lepas DAP Pesta Arak. Ada pula Pesta Todi. Lagi meriah Pesta Ketum. Elok tu Arak, Todi Ketum.

    Meriah !

    ReplyDelete