AdSense

Thursday, September 28, 2017

#PRU14 - Hanya UMNO dan DAP


Ramai yang sedang buat analisis... Berapa penjuru dalam perlawanan PRU14 nanti? 3 penjuru atau 4 penjuru? Melihat secara dalam, PRU14 nanti hanya akan menyaksikan pertembungan 2 penjuru saja... UMNO vs DAP.

Mana pergi PAS, PKR, PAN dan lain-lain parti dalam PRU14 nanti?


Mereka ada dan wujud tapi hanya memakai topeng bersimbolkan roket.

Ini kerana, hanya parti UMNO dan DAP saja parti yang memiliki DNA - Parti yang ditubuhkan berasaskan dasar perjuangan sebenar. Cuma apa yang membezakan, UMNO bersama parti komponen Barisan Nasional berjuang untuk membela nasib rakyat sementara DAP kekal dengan label parti anak beranak atau Dinasti Lim.


Semua orang tahu, PAS dan PKR adalah parti serpihan UMNO. PAN pula serpihan PAS. Semuanya dari satu parti keramat iaitu UMNO. Pemimpin serpihan ini keluar UMNO kerana hendakkan jawatan, bukannya kerana percanggahan dasar atau perkara-perkara melibatkan negara.

Ini yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar semalam.

Kenapa takut pada fakta ini? Siapa yang berani menafikan pertembungan 2 penjuru ini?

Namun yang demikian, parti PAS hari ini kelihatan rapat dengan UMNO. Ada yang buat andaian, UMNO-PAS akan bergabung. Atau setidak-tidaknya bekerjasama dalam kempen pilihanraya.

Bagi Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, tidak perlu untuk kedua-dua parti UMNO dan PAS menandatangani apa-apa perjanjian kerjasama. Kerana masing-masing sebenarnya ada matlamat sama cuma caranya saja berbeza.


PAS kata mereka perjuangkan agama Islam sedangkan sejak ditubuhkan, UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam dan orang Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain. Tak perlu PAS masuk UMNO atau BN... Biarlah masing-masing dengan cara masing-masing asalkan agama Islam dan orang Melayu terus dibela. Tapi apa yang perlu pengundi semua tahu ialah, UMNO mengamalkan prinsip wasatiyyah - sentiasa dalam keadaan kesederhanaan. Tidak lemah dan tidak ekstremis.

Menyentuh tentang Islam, inilah perkara utama yang tidak mampu dicapai oleh DAP. Satu parti yang dilihat banyak menentang isu-isu berkaitan Islam. DAP sering menjadi punca kemarahan ramai pihak atas beberapa tindakan mereka. Misalnya yang terbaharu, isu pesta arak October Festival 2017 sehingga muncul hero dan heroin DAP (Ahli Parlimen) yang mempertahankannya.


Cakap pasal arak, isu seperti ini pernah menjadi kontroversi suatu masa dahulu. Jika pembaca masih ingat, bagaimana Dr Hassan Ali dipecat dari PAS kerana bergaduh dengan Exco DAP di Selangor Ronnie Liu. Kes araklah....

Hari ini, PAS ditendang keluar dari Pakatan Harapan. Seolah-olah mahu menyatakan, "ya akulah paling berkuasa dalam pakatan ini." Aku yang dimaksudkan ialah DAP.

Kalau pembaca suka pada parti Anwar Ibrahim (PKR), Mat Sabu (PAN) atau parti Mahathir (PPBM), anda sebenarnya terpaksa suka dan tunduk pada DAP. Mereka mungkin tidak menjadi Perdana Menteri tetapi kuasa mereka melebihi Perdana Menteri. Mereka bukanlah mahu jawatan tetapi mereka impikan kekuasaan.

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment