AdSense

Tuesday, September 12, 2017

Puak pembangkang mesti berpeluh resah baca Artikel Penuh : Perjuangan For All di Wangsa Maju


Pada malam 10 September 2017, berlangsungnya satu program dinamakan BICARA MINDA & SESI DIALOG BERSAMA - PERJUANGAN FOR ALL di dalam parlimen Wangsa Maju. Ini adalah penganjuran julung kali diadakan. Mungkin penganjur akan menjelajah ke seluruh kawasan parlimen selepas ini.


Menariknya, ia dibarisi oleh panelis yang mencakupi golongan wanita dan muda. Di Wangsa Maju, barisan panelisnya ialah Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari dan Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Profesional Muda Shahril Hamdan. Sementara Datuk Dahlan Maamor pula menggalas tugas sebagai Moderator.

Sesi ini berlangsung selama kira-kira 2 jam sambil dihadiri oleh lebih 500 orang hadirin. Kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat setempat, NGO dan pemimpin masyarakat.

Selaku tuan rumah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah membuka tirai bicara dengan kata-kata aluan. Katanya, penganjuran seperti ini cukup baik untuk masyarakat setempat khususnya bakal pengundi PRU14. Cukuplah masyarakat dihidangkan dengan fitnah dan persepsi baik di warung kopi mahupun dalam media sosial.

"Pembangkang selalu menafikan kejayaan Malaysia. Saya berharap para hadirin bersedia untuk bertarung minda. Saya mengalu-alukan kehadiran barisan panelis. Bentangkan, bagilah, ceritalah apa saja kerana saya percaya orang Wangsa Maju dapat menerimanya, terima pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."

Microphone kemudiannya disambut encik moderator sebelum diserahkan kepada wakil orang muda, Shahril Hamdan. Lelaki berbadan kecil dan berkulit putih ini pernah menang mudah dalam acara debat dengan Ketua Armada Syed Saddiq.

Tidak dapat disangkal, penjelasannya mengenai pentadbiran kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional sarat dengan fakta dan realiti. Dada anak muda ini penuh dengan fakta yang tidak dapat disangkal pembangkang. Sebab itulah beliau dapat menang berdebat dengan anak buah Mahathir, Syed Saddiq.

Selepas si anak, si ibu pula mengambil giliran. Datuk Rosni Zahari selaku Ketua Penerangan Wanita UMNO menjelaskan kepada hadirin mengenai 'apa yang wanita UMNO dan BN laksanakan untuk rakyat. Beliau banyak menyentuh tentang Jalinan Rakyat (JR) yang begitu dekat dengan masyarakat marhaen. Benar, puak pembangkang cukup resah dengan gelombang JR yang semakin hebat hari ini. Pantang ada masyarakat yang memerlukan bantuan, JR adalah barisan hadapan yang akan menghulurkan tangan.

Seperti kata Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Wanita akan terus menjadi mata dan telinga rakyat, membantu dan mendengar rintihan mereka serta membawa perkara yang dibangkitkan itu ke peringkat tertinggi mahupun pihak berkuasa.

Untuk makluman, pada 14 April lepas, Perdana Menteri telah melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), yang bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera UMNO dan BN menghadapi PRU14.

Sejurus Rosni meletakkan microphone, dewan yang tenang dikejutkan dengan suara garau dan kuat.


Ya, suara itu milik Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Beliau yang sebelum ini duduk di atas kerusi, memohon kebenaran moderator untuk berucap sambil berdiri. Berdiri di atas dua kaki lebih selesa berbanding bertenggek dengan sebelah kaki katanya.

Wang negara menjadi tajuk paling atas dalam bicara Annuar. Mungkin baginya, masyarakat cukup sensitif bila sebut pasal duit. Iyalah, puak pembangkang juga sering menjadikan isu duit negara ini sebagai modal politik mereka meraih sokongan. Sedihnya, apa yang diperkatakan oleh puak pembangkang itu hanyalah persepsi dan fitnah.

"Rizab negara. Dulu zaman Mahathir negara ada 60 bilion, akhir pentadbiran lebih kurang 90-100b. Hampir separuh hilang (skandal forex). Zaman Najib, rizab negara ada 430b. Tapi orang terutamanya pembangkang sibuk cerita pasal 2.6b."

Inilah cara Annuar setelah jawatan Ketua Penerangan UMNO diserahkan kepadanya. Beliau cukup tidak suka hanya menjawab isu sebaliknya cenderung menjelaskan fakta. Memberitahu kepada masyarakat apa itu DNA parti atau wadah perjuangan UMNO dan BN.

Banyak kejayaan yang dilakukan kerajaan BN untuk rakyat. Ini yang ramai tidak tahu dan tidak diberitahu. Maaf cakap, inilah yang sepatutnya jentera parti lakukan. Bukan hanya mengikut rentak pembangkang dengan menjawab isu kitar semula!

Kita jawab sampai berbuih mulut pun, puak pembangkang ini tetap tidak akan menerimanya kerana mereka mahukan jawapan yang mengikut citarasa mereka.

Berbalik kepada DNA parti....

Sebelum menyentuh tentang penubuhan barisan komponen, adalah lebih baik kita melihat dan meneliti siapa diri kita, siapa UMNO yang mengetuai BN?

Kenapa UMNO susah tumbang?

Kenapa parti ini susah mati?

"Sebab parti ini ada DNA. Lahir dari rahim perjuangan bangsa yang berusia 446 tahun. Terbentuk atas satu kalimah iaitu bersatu.

"Melayu bersatu daripada pelbagai kaum - bugis, jawa, mamak dan lain-lain. Hendak membentuk negara tak boleh hanya satu kaum. Sebab itu kita ada rakan-rakan MCA, MIC dan lain-lain komponen BN.

"Malaysia satu-satunya negara yang membela nasib semua kaum dan masyarakat minoriti. Misalnya Menteri Idris Jala, beliau daripada masyarakat Kelabit di Sarawak yang hanya ada 6-700 keluarga sahaja. Inilah perjuangan BN yang tidak terdapat dalam mana-mana parti lain di Malaysia."

Sesi bicara ini disusuli dengan dialog. Hadirin beratur untuk mengambil bahagian bertanya soalan. Antara yang menarik minat penulis ialah soalan mengenai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Apakah Mahathir boleh membantu UMNO dan BN? Ada ruang lagikah buat Mahathir?

"Mahathir is a problem, not solution." tegas Annuar.

"Beliau ialah bos saya suatu masa dulu. Banyak jasa dia pada saya dan saya tidak lupa sehingga ke hari ini. Tapi dia pemimpin yang bagus dan sesuai pada zamannya. Najib bagus dan sesuai pada zaman sekarang.

"Mahathir masih memiliki penyakit lama, iaitu penyakit diktator. Walaupun berhenti (letak jawatan) tapi hendak menguasai. Mahathir mula menentang Najib dalam kes anak boboinya, Mukhriz ketika pemilihan jawatan Naib Presiden suatu masa lalu. Mahathir melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh di arah-arah mengikut telunjukkan."

Sekarang, tiba masa puak pembangkang merasa resah dan takut. Sebab apa? Sebab masyarakat sudah mula sedar dan pastinya tidak akan mudah terpedaya dengan tohmahan fitnah puak pembangkang a.k.a #PakatanProDAP

#TerimaFaktaTolakFitnah #PerjuanganForAll #BarisanProRakyat #BetterNation #PRU14 #MyWangsaMaju

1 comment:

  1. Whatever it is ... pelanduk ... gajah ... atau apa saja parti yg bertelagah ... jgn sampai Tanah Melayu tergadai ke tangan bangsa pendatang

    ReplyDelete