AdSense

Wednesday, October 11, 2017

Pengguna media sosial suka UMNO


Nampaknya masyarakat Malaysia semakin suka pada politik kebenaran, perpaduan, keharmonian, keamanan dan kejayaan. Janji-janji yang dibuat dilunaskan satu persatu.

Orang sudah muak dan tidak boleh menerima politik persepsi, fitnah, perpecahan dan kotor amalan pembangkang. Segala macam janji hanya tinggal janji. Sembang kencang habuk tadak.

Tidak dinafikan, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional dalam meraih sokongan solid pengguna media sosial hari ini adalah disebabkan oleh gerakan mantap aktivis media sosial pro BN.

MYKMU antara organisasi yang digeruni kumpulan pembangkang termasuk pemimpin Pakatan Harapan (Pakatan Pro DAP). Serangan bertubi-tubi membuatkan kumpulan pemmbangkang 'mati kutu', gagal menjawab isu atau persoalan yang dibangkitkan. Hingga mengambil jalan mudah iaitu menyekat (blok) pengguna media sosial yang hanya mahu mendapatkan penjelasan mereka. Rafizi adalah juara blok pengguna media sosial, kini dicabar rapat Lim Guan Eng.

#AttackMode sepertimana yang disebut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan ketika menghadiri perhimpunan bersama aktiivis media sosial sekitar pertengahan April 2015 lalu nyata berjaya membangkitkan semangat para pejuang maya.

"Kita sudah lama berada dalam mood pertahanan. Cukuplah. Sekarang adalah masa untuk kita menyerang."

Begitu juga dengan penganjuran Dialog Perjuangan For All anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang menjelajah ke banyak tempat.

Penulis masih ingat, penganjuran pertama kali diadakan di Parlimen Wangsa Maju. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa ada mengatakan bahawa kumpulan pembangkang hanya bermain isu kitar semula kerana tiada isu untuk menyerang BN.

Dalam masa sama, pembangkang terpaksa memainkan isu kitar semula bagi memastikan parti mereka kekal 'hidup'. Selain itu, ia bertujuan menutup segala jenis keburukan, kesilapan dan kegagalan pimpinan mereka termasuk percakaran sesama sendiri bagi merebut kekuasaan.

DAP, masih tak berubah. Parti lain sudah bertukar kepala, DAP masih Kit Siang sejak 52 tahun. Ubah konon. Pemimpin masih sama, Dinasti Lim sampai orang gelar parti ini parti anak beranak. Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) konon jadi prinsip di Penang tapi Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri sendiri terpalit dengan kes rasuah.

PKR (serpihan UMNO), Anwar Ibrahim belum puas hasut rakyat turun ke jalanraya? Zaman Arab Spring sudah berakhir. Dulu tahan teksi tepi jalan. Sekarang pakai e-hailing saja, tak payah turun ke tepi jalan tengah panas terik. Sekarang Anwar sudah berpelukan dengan musuh nombor satu, Dr Mahathir. Habis, apa tujuannya gerakan reformasi 1998? Sebab tu perintis reformis meninggalkan parti berlambang mata satu ini. Sejak 1998, bukan lagi hancing kena kencing, ini sudah hapak tengit! Parti nepotisme, anak bini ada jawatan dalam parti. Perjuangan apa ini?

PAS (serpihan UMNO), oklah ada titik persamaan dengan kerajaan pemerintah dalam soal ummah. Tapi kena waspada juga. Pernah jadi nak dekat pilihanraya parti ini kona baring. Lagipun perjuangan mereka terlalu ekstrem. Tak macam UMNO, wasatiyyah - kesederhanaan.

PAN (serpihan PAS), sudah kalah pemilihan dalam parti PAS, tubuhlah parti cap kuali. Apa lagi kerja boleh buat, jadi kuda tunggangan DAP saja. Gelaran Maha Firaun, Maha Zalim kepada Dr Mahathir sudah ditarik balik? Sudah sujud kaki Dr Mahathir?

PPBM (serpihan UMNO) sama macam PAN. Apa fikir Malaysia ini milik Dr Mahathir and son and kroni? Apa fikir Malaysia ini serupa rancangan Kleber Ger yang boleh disusun siapa menang siapa kalah? Apa fikir Malaysia ini serupa filem Barat yang ada GodFather? 22 tahun memerintah, apa lagi mahu? Tak cukup ke kroni-kroni, syarikat-syarikat, saham-saham kaut kekayaan? Forex apa cerita? 32 bilion, sekarang nilai jadi 100 bilion lesap macam tu saja? Perkara macam ini patut diselamatkan. Selamatkan Malaysia daripada kuasa diktator. Selamatkan Malaysia daripada disalahguna untuk kepentingan kroni.

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP



No comments:

Post a Comment