AdSense

Tuesday, October 10, 2017

Pewaris UMNO dan BN lebih baik daripada pembangkang. Tak percaya? Ini hujahnya...


Masa pilihanraya, pembangkang kerap menayangkan pemimpin muda mereka. Kononnya mereka hanya memperkenalkan pemimpin muda dan fresh. (Walaupun Kit Siang umpamanya sudahpun menguasai DAP selama 52 tahun).


Dyana Sofea adalah pemimpin muda yang paling dilambung-lambung DAP suatu masa dahulu - PRK Teluk Intan. Kononnya inilah 'tawaran' terbaik pembangkang kepada pengundi. Pemimpin muda bergetah yang mampu membawa Malaysia dengan baik.


Namun, cantik dan seksi bukan bermakna bijak. Biarpun menayangkan pelbagai ijazah, pemimpin muda dalam pembangkang masih dicucuk hidung dengan ketat oleh pemimpin senior mereka.
Lihat saja bagaimana Dyana Sofea gagal menjawab soalan wartawan dalam beberapa isu. Pemimpin paling senior Lim Kit Siang pula dilihat 'merampas' mikrofon Dyana Sofea seterusnya menjadi jurucakap bagi pihak juniornya. Junior kekal berada di kerusi tengah, memainkan watak sebagai boneka serta 'pelaris' semata-mata.


Begitu juga dengan pemimpin muda PKR yang hanya terkenal dengan gosip. Maaf, bukan gosip kosong tetapi realiti - Banglo Disneyland Ampang dan kekayaan luar biasa. Adakah pemimpin yang menyarung baju lokap SPRM berwarna oren seperti ini mahu dijadikan contoh yang baik?


Tidak seperti pemimpin muda dalam UMNO dan Barisan Nasional.


"Belum pun dua dekad perjuangan parti, kita telah melihat dalam saf kepimpinan UMNO, dalam Parlimen, dalam Dewan Rakyat, dalam Dewan Negara sudah ada pemimpin-pemimpin Puteri malah empat orang pemimpin puteri semuanya sekarang sedang berada sebagai Ahli Dewan Rakyat dan adalah pemimpin yang berprestasi tinggi."

Itu kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam dialog Perjuangan For All - Penerangan Puteri UMNO di PWTC malam tadi.

UMNO dan BN menampilkan pemimpin muda yang bukan hanya diukur pada paras rupa semata-mata tetapi lebih kepada kebijaksanaan serta kebolehan memimpin.

Bukan seperti Ketua Armada parti cap Bunga Syed Saddiq yang hanya petah berdebat tetapi gagal memberikan fakta dan tiada pengalaman luas dalam berpolitik. Kononnya disogok RM5juta supaya tinggalkan parti PPBM, namun kenapa masih belum membawa bukti kepada SPRM dan pihak berkuasa? Inilah cara pemimpin muda pembangkang yang dididik dengan politik kebencian bersandarkan kepada persepsi semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut berpesan kepada Puteri-Puteri UMNO khususnya supaya mengenali musuh sebenar parti.

Siapa musuh primary, secondary, musuh yang sama DNA dengan kita, musuh yang tidak sama DNA dengan kita, musuh sementara, musuh kekal, musuh zimmi yang boleh jadi kawan dan musuh yang bersifat harbi yang haram bagi orang Islam menyokongnya.

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment