AdSense

Saturday, October 14, 2017

Sebab Lim Kit Siang, pemimpin muda DAP gigit jari


Zaid Ibrahim yang menjalankan tugas sebagai 'jurucakap' DAP menyampaikan hasrat bosnya Lim Kit Siang untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sekiranya menang pilihanraya umum ke 14 (PRU14).

Pandai, Lim Kit Siang mungkin hendak 'test market' dulu... Nak tengok apa respon masyarakat khususnya bakal pengundi PRU14. Kalau ramai yang tak setuju, dia katalah itu bukan hasrat dia. Zaid je yang memandai-mandai. Kalau ramai yang suka, jalan makin berkepaklah Kit Siang.


Ini sebenarnya cara diktator Lim Kit Siang yang telahpun digunapakai sejak 51 tahun lamanya. Cara beliau mempertahankan kuasa Dinasti Lim ini sekaligus menyebabkan rasa tidak senang ramai pihak khususnya pemimpin muda DAP.

Jika Kit Siang terus berkuasa, tenggelamlah pemimpin muda DAP. Pergi ke mana saja, bila sebut DAP orang hanya nampak Kit Siang dan anaknya saja, Lim Guan Eng...

Sampai bila DAP akan terus dikuasai Dinasti Lim? Di mana prinsip demokrasi?

Manakala bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, putar belitlah bagaimana sekalipun, Kit Siang atau anaknya Guan Eng nak jadi Perdana Menteri atau tidak... cita-cita DAP tetap sama iaitu mahu MENGUASAI.

Sekarang pun DAP sudah menguasai Pakatan Harapan. Sebab itu dilabel sebagai Pakatan Pro DAP. Pulau Pinang sah-sah milik DAP. Begitu juga dengan Selangor. DAP memiliki kerusi terbanyak. Biarpun tidak menjadi Menteri Besar tetapi DAP adalah paling berkuasa.

Masih ingat kes rampasan arak oleh pihak penguasa di Selangor? Masih ingat bagaimana bermulanya Exco Agama Selangor pada ketika itu Dr Hassan Ali 'diludah dikahak'? Masih ingat wajah bengis Ronnie Liu? Masih ingat wajah kegembiraan dan puas hati bila arak yang dirampas dipulangkan semula? Itu baru sebahagian kisah di Selangor... Kisah realiti yang tidak boleh dipadam.

This is DAP

Ini yang sedang berlaku terhadap Zaid Ibrahim. Bekas Presiden parti KITA (gila jawatan, tubuh parti baru dan dapatlah jawatan presiden) ini. Sebelum ini beliau ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Pernah berhasrat bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sebelum keluar parti.

Hari ini beliau 'mencuba nasib' dengan DAP pula. Kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Zaid berjaya 'diDAPkan' secara tulen.

Hakikat menyedari, Lim Kit Siang terpaksa mengerahkan 'budak-budak'nya termasuk Zaid bagi mempertahankan dirinya selepas diserang bertubi-tubi. Beliau gagal menjawab isu yang dibangkitkan dan menghakis keyakinan rakyat terhadapnya.

Tambahan pula dengan adanya program jelajah Dialog Perjuangan For All anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang banyak membuka mata masyarakat.

Untuk makluman, program Dialog Perjuang For All ini dijangka menjelajah ke 100 lokasi mengikut kawasan Parlimen seluruh negara. Dialog ini biasanya disertai beberapa panelis termasuk Ketua Penerangan UMNO sendiri.

Selain menerangkan perjuangan sebenar UMNO dan Barisan Nasional, dialog ini juga banyak menghidangkan fakta-fakta dalam setiap isu sekaligus menggagalkan persepsi serta fitnah yang dilemparkan Pakatan Pro DAP.

Selain turun padang, program ini juga boleh disaksikan menerusi media sosial secara langsung di laman Facebook Penerangan UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment