AdSense

Friday, November 3, 2017

JOM TANGKAP NAJIB


Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia!


Satu pertandingan Fotografi Perdana Menteri Prihatin Rakyat sedang berlangsung anjuran Jabatan Penerangan UMNO dan Media UMNO Malaysia bermula 1 November hingga 15 November 2017.

Peserta boleh menghantar pelbagai foto mulai hari ini yang memaparkan Datuk Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, bersama rakyat dengan bertemakan keprihatinan Perdana Menteri membantu rakyat.


Setiap penyertaan perlu disertakan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, tarikh foto diambil, lokasi foto diambil dan sedikit keterangan mengenai foto berkenaan.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00, kedua RM3,000.00, ketiga RM1,500.00.

Tujuh pemenang berikutnya akan menerima hadiah wang tunai RM500.00 setiap seorang.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur 17 tahun ke atas.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2017.

Bahan-bahan penyertaan boleh dihantar secara pos ke alamat:
Ketua Penerangan UMNO Malaysia,
Jabatan Penerangan UMNO Malaysia,
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn,
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawb terhadap sebarang tuntutan perundangan yang mungkin timbul daripada pelanggaran hak milik atau hak cipta ke atas foto yang dihantar oleh peserta-peserta.

Juri pertandingan berhak menolak dan membatalkan penyertaan sekiranya ia mempunyai sifat-sifat menciplak daripada foto yang diambil oleh orang lain.
Keputusan juri adalah muktamad.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa, maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi Sekretariat Fotografi Perdana Menteri Prihatin Rakyat di talian 03-4042 9511.

JOM TANGKAP NAJIB!
Eh silap. JOM TANGKAP GAMBAR NAJIB! :)

1 comment:

  1. Heheh catchy betul headline.. ingat ape tadi..rupanya tangkap gambar Najib..

    hhihi. Syabas!

    ReplyDelete