AdSense

Friday, November 10, 2017

Kisah Pak Atan yang mencuit hati

Pak Atan diberitahu oleh uncle Lam bahawa boboi anak pakcik Din berkata kepada jiran cik Latifah yang juga sepupu belah tok wan menantunya pak Lang Sidik berpendapat pak Abu mencuri buah rambutan di dusun pakcik Leman.

Tapi orang kampung semua dah tahu buah rambutan tu tak dicuri pun. Nak curi kejadahnya baru berputik. Biasa bila dah ranum pak Abu lah yang tolong pakcik Leman agih-agihkan kepada penduduk kampung.

Tambahan pula dusun rambutan pakcik Leman tu terletak di tanah milik pak Abu. Dialah yang bersihkan tanah dari semak samun supaya pakcik Leman dapat bercucuk tanam. Buat apa dia nak curi, dia pun ada dusun sendiri.

Orang kampung juga tahu sebahagian buah rambutan tu pakcik Leman jual di bandar. Hasil yang lumayan pakcik Leman belanja pula orang kampung kerjakan ibadah haji!

Demikian antara isi kandungan dalam buku bertajuk KISAH DONGENG PAK-ATAN RANAPAN MEMBONGAK JE KERJANYA yang kini sedang berada dipasaran.

No comments:

Post a Comment