AdSense

Thursday, November 16, 2017

RTS : Sultan Johor terima mengadap CEO SPAD


Semalam, 15 November 2017, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenaan menerima mengadap pengurusan kanan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.


Untuk makluman, ia adalah berkaitan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.

Dalam pertemuan itu, CEO SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah mengemukakan tiga pilihan kajian berhubung projek tersebut. Dalam masa sama Mohd Azharuddin juga berkata RTS berupaya menyelesaikan kesesakan di Tambak Johor dan menjadi alternatif untuk 80,000 hingga 100,000 pengguna.


Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dr Prodyut Dutt dan Ketua Rel Antarabangsa, Farizul Hazli Baharom.

Selain itu, sebagai makluman pembaca, sistem RTS ini telah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Singapura bagi menghubungkan bandaraya Johor Bahru dan Singapura. Sistem ini dijangkakan mengurangkan masalah kesesakan di tambak Johor apabila mula beroperasi kelak.

Buat masa ini, kedua-dua negara sedang giat menjalankan perbincangan dua hala bagi memuktamadkan ciri teknikal, operasi, keselamatan dan perancangan projek.

Sumber foto : FB rasmi Sultan Johor

No comments:

Post a Comment