AdSense

Sunday, December 31, 2017

MARA, Annuar Musa dan komplot jahat


Ketua - menjadi sasaran pihak tertentu untuk 'membunuh' atau menumbangkan seseorang.


Lihat saja apa yang dialami Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau diserang dengan pelbagai jenis persepsi dan fitnah setiap masa tanpa henti. Bahkan isteri dan ahli keluarganya turut terkena tempiasnya. Mereka diserang tanpa belas kasihan.

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sampaikan isu 'Jawa' pun dijadikan modal untuk menyerang pemimpin lantang ini.


Tidak terkecuali Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Hanya kerana kelantangan beliau membawa fakta ke segenap pelusuk negara bahkan menembusi alam maya menyebabkan sesetengah pihak menyerangnya bertubi-tubi. Tidak lain tidak bukan, ia bagi melemah dan menumbangkan Annuar Musa.

Kalau anda memahami politik sepenuhnya, anda tidak hanya melihat pada serangan nyata. Sebaliknya melihat juga serangan halus yang sering tidak diberi perhatian.

Dalam isu melibatkan Annuar Musa, Suara Lensa agak tertarik kerana ia dimainkan oleh 'orang dalam'.

Ya, Pengerusi BN sudah mengingatkan bahawa sudah tiba masanya mod serangan (attack mode) dilancarkan serta-merta. Namun mesej itu bukan hanya untuk aktivis media sosial sahaja tetapi juga buat seluruh barisan kepimpinan parti.

Sebelum pergi jauh, Suara Lensa ingin mengingatkan bahawa politik ini kejam buat mereka yang berhati busuk.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi bualan orang ramai. Sudah tentu ia dijadikan modal politik sesetengah pihak.

Tidak dinafikan, bila sebut saja pasal MARA, orang akan membayangkan wajah Annuar Musa. Tanggapan bahawa Annuar Musa 'songlap' duit MARA seperti sudah meresap dalam jiwa masyarakat.

Syukur, masyarakat yang dimaksudkan hanyalah mereka dalam kumpulan pembangkang. Totok pembangkang pastinya mempercayai apa sahaja yang dihasut oleh pemimpin mereka.


Sedia maklum, apa yang berlaku dalam MARA ini adalah bertujuan menumbangkan Ketua Penerangan UMNO iaitu Annuar Musa. Bila seorang Ketua yang memegang portfolio penting dalam parti lemah atau tumbang maka senanglah kerja-kerja yang selebihnya dalam misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika diperhati dengan teliti, cerita negatif MARA bermula sejak era Shafie Apdal. Pada ketika itu beliau adalah menteri yang berkuasa terhadap MARA. Pada ketika itu jugalah 'kiblat politiknya' semakin cenderung kepada Tun Mahathir dan kumpulan anti-Najib dan anti-Barisan Nasional.

Lidah rasmi DAP Roket Kini pernah menyiarkan satu tulisan Zairil Khir Johari dan Steven Sim mengenai kroni-kroni Shafie dalam MARA. Secara tepatnya, RoketKini menyiarkannya penangkapan pemimpin tertinggi dalam MARA oleh SPRM. RoketKini mendedahkan siapa orang penting dalam MARA dan kaitannya dengan Shafie serta politik di Sabah.

"Sebagai contoh, dalam kes skandal Dudley House, pengerusi anak syarikat MARA yang terbabit, Datuk Mohammad Lan Allani, juga seorang ahli politik Umno dari Sabah yang merupakan bekas ADUN Sulabayan.

"Ini menimbulkan persoalan sama ada pelantikan Lan Allani mempunyai kaitan dengan hakikat bahawa Datuk Seri Shafie Apdal adalah menteri yang menjaga MARA. Hal ini kerana Shafie juga Ahli Parlimen Semporna, yang merangkumi DUN Sulabayan. Selain itu, Shafie juga ketua bahagian Umno Semporna, di mana Lan Allani pernah berkhidmat sebagai naib pengerusi dan bendahari." - RoketKini, 9 Julai 2015.

Bila Shafie dan kroninya selesai 'buat taik' dalam MARA, mereka blah. Tinggallah Annuar yang terpaksa menjawab satu persatu persoalan. Situasi ini memperlihatkan kononnya Annuarlah yang membuat taik-taik dalam MARA.

Walhal isu MARA (pembelian aset luarnegara) tidak berlaku ketika era Annuar. Pada zaman Annuar, beliau tidak menguruskan sebarang transaksi pembelian aset di luarnegara!

Bahkan nak dapat 'projek' guna pintu belakang pun Annuar tak layan! Baca di sini :
http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/mara-dan-annuar-musa-kena-fitnah-lagi.html

Pendedahan berikutnya ini membuatkan pembaca buka mata, kumpulan nak tumbangkan Annuar tertunduk malu...

Annuar Musa dilantik menjadi Pengerusi MARA pada 19 Julai 2013. Beliau digantung tugas pada 31 Januari 2017 berhubung isu penajaan bolasepak pasukan Kelantan (TRW). Suara Lensa pernah menyiarkan artikel mengenai isu ini.
http://suaralensa.blogspot.my/2017/04/fakta-yang-cuba-dipadam-isu-trw-mara.html

Menyakitkan hati si tukang fitnah ialah apabila pihak berkuasa tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Annuar.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/annuar-maafkan-pihak-fitnah-beliau-1.770179

Berbalik kepada isu MARA yang dituduh kononnya tidak telus... Untuk makluman, sejak Annuar mengepalai MARA, badan itu menerima pengiktirafan sebagai organisasi yang bersih dan telus.

Pencapaian MARA terus meningkat dan membanggakan sebagai sebuah organisasi pembela Bumiputera dari semasa ke semasa.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/08/28/mara-unit-buys-5-stake-in-sanichi-technology/

Ketika pentadbiran Annuar jugalah diwujudkan unit intergriti yang diketuai pegawai SPRM! Dengar saja isu ketelusan atau intergriti dibangkitkan, kepimpinan tertinggi MARA pantas menyelesaikannya. . Misalnya penyiasatan audit dalaman berhubung dakwaan penyelewengan dan laporan terhadap pihak SPRM, Annuar sendiri yang mengambil langkah proaktif datang ke pejabat SPRM!
http://www.sinarharian.com.my/semasa/esok-pagi-saya-akan-ke-sprm-serah-diri-disiasat-1.621978

Malah Annuar sendiri merasakan audit dalaman MARA tidak memadai. Beliau merasakan perlunya penglibatan pihak polis dan SPRM dalam usaha membersihkan MARA daripada dakwaan penyelewengan. Ini fakta dan realiti yang juga tidak dapat dinafikan.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/31/siasatan-juruaudit-tidak-memadai/

Sepertimana yang Suara Lensa pernah tulis sebelum ini, MARA  ketika era Annuar tiada langsung transaksi pembelian aset luarnegara. Dalam masa sama Annuar juga jenis yang tak beri muka pada sesiapa. Beliau sendiri menyekat sebarang usaha kerjasama membangunkan aset MARA yang datang dengan terma yang meragukan.

Begitu juga dengan menghadkan kuasa Pengerusi yang tidak lagi berada dalam mana-mana jawatankuasa tender dan membebaskan Ahli Lembaga Pengarah MARA daripada mencampuri sebarang urusan tender. Manakala MGT Holding Co pula dibentuk sebagai usaha memperbaiki kawalan pengurusan anak syarikat.

Berkemungkinan besar, kerana ketegasan Annuar memperjuangkan intergriti dan ketelusan inilah menjadi penyebab serangan atau komplot menyingkirkan Annuar daripada MARA seterusnya memberi imej buruk kepada parti pemerintah.

#TerimaFaktaTolakFitnah


No comments:

Post a Comment