AdSense

Thursday, December 28, 2017

Persiapan PRU14 : Najib tunjuk isyarat 'thumbs up' pada MCA


Kerja, kerja dan kerja. Bukan hendak kata apa cuma nak beritahu bahawa setiap yang dilakukan ada yang tukang memerhati.


Inilah yang berlaku dalam pentadbiran parti Barisan Nasional. Kita boleh tahu siapa buat kerja, siapa tak buat kerja. Ini zaman Najib, kau bodek saja tak buat kerja, bo layan!


Melihat kepada persiapan PRU14, parti kedua terbesar dalam komponen BN menerima pujian dan penghargaan daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib kelihatan begitu berpuas hati dengan gerak kerja yang dilakukan MCA sejak dua tahun kebelakangan ini.


Namun bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, pujian itu tidak membuatkan MCA leka sebaliknya menambahkan lagi semangat seluruh barisan kepimpinan dan jentera parti dalam bekerja.

Jelas Liow, mana yang kurang, diperbaiki dan ditambahbaik. Sampailah impian untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU14 tercapai. Bukan kerja sebelum pilihanraya saja macam parti pembangkang. Lepas menang, abaikan pengundi.


Suara Lensa sering mengikuti perjalanan dan gerak kerja parti terbesar orang Cina MCA ini. Tidak dapat dinafikan, sokongan yang mereka terima semakin hari bertambah baik berbanding PRU13 lalu.

Barangkali masyarakat Cina mulai sedar wajah sebenar parti dalam Pakatan terutama sekali DAP. Parti yang hanya mementingkan Dinasti Lim dan bukanlah parti yang benar-benar berintergriti sepenuhnya.

Iyalah, kononnya sebuah parti yang telus tapi bagaimana boleh timbul isu banglo dibawah harga pasaran? Kilang haram dan aktiviti menggondol lereng bukit sehingga menyebabkan kematian?

Banyak lagi isu-isu dan permasalahan dalam pentadbiran DAP dipersoalkan. Ia masih tidak mampu dijawab dengan baik. Alih-alih kerajaan BN dipersalahkan. Mudahnya mereka melepas tangan.

Begitu juga dengan kawasan-kawasan lain yang diperintah DAP dan parti Pakatan. Di Gelang Patah umpamanya, nak jumpa batang hidung Ahli Parlimen sendiri pun payah. Asyik hilang saja.

Sebab itu dikatakan, pengundi yang mengundi DAP hanya dibela untuk tempoh seketika saja. Lepas mereka menang, pengundi dijadikan seperti sampah yang tidak berguna.

Adakah pengundi sekali lagi mahu diperdaya dan diperalatkan parti Pakatan?


Sudah baca artikel menarik ini? Jom KLIK!

Rasis : MCA atau DAP?

Pemimpin DAP hasut MCA jadi seperti mereka - anti Islam, politik kebencian

Tambah tenaga kerja mahir : MCA adakan sesi diolog bersama pemain industri

MCA ajak buka mata tengok hipokrit DAP

BONGKAR kerakusan Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang

Teruknya DAP! Memang patut ditolak.

10 sekolah Cina baru, DAP mati kutu balun MCA

Guan Eng dan Chin Tong boleh kata apa saja tapi tak boleh nafikan fakta - Wee Ka Siong

Banjir Pulau Pinang buka mata penyokong DAP



No comments:

Post a Comment