AdSense

Sunday, January 21, 2018

MoF, e-perolehan dan GST


Nak upgrade sistem e-perolehan tapi...

Sejak Disember 2017, satu projek perintis dilaksanakan - eprolehan. Satu sistem yang mahu di upgrade. Beberapa syarikat diminta beri nama untuk menyertai program rintis tersebut. Namun hanya beberapa syarikat saja yang menyahut saranan berkenaan.

Menjelang Januari 2018, sistem tersebut dilaksanakan.

Namun, wujud permasalahan. Sistem tersebut gagal berfungsi dengan baik sepenuhnya. Banyak syarikat gagal mengemaskini data mereka. Ia menyebabkan berlakunya penunggakan bayaran kepada mereka. Mungkin tidak memberi masalah kepada syarikat besar yang main bisnes juta-juta. Tapi ia beri kesan kepada syarikat-syarikat kecil yang majoriti golongan Bumiputera.


Bagaimana agensi hendak melangsaikan bayaran (kepada syarikat yang masuk tender kerajaan) jika nama syarikat mereka tidak ada di dalam sistem?

Penulis difahamkan, sistem itu sedang 'heng'. Berapa ribu syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MoF) di Malaysia ini? Puluh ribu! Sekali masuk (key in) data, sudah tentu ia menyebabkan kesesakan yang tidak dapat dikawal.

Timbul persoalan

Apa tujuannya program rintis jika sistem itu masih dalam keadaan gagal berfungsi sepenuhnya?

Kos untuk menghadiri kursus mempelajari sistem baharu ini sepatutnya tidak dikenakan. Jika hendak kenakan, janganlah sampai cecah ribuan ringgit! Mereka hanya mahu mempelajari sistem yang diperkenalkan!

Sudah ada pengalamaan ketika melakukan proses daftar GST. Kenapa tidak belajar daripada pengalaman?

Benar, penulis akui sistem yang hendak dikemaskini adalah sesuatu yang sangat baik.

Masuk saja nama syarikat, harga tawaran dan segala data atau 'history' berkaitan syarikat akan dipaparkan. Lebih menarik, setiap harga yang ditawarkan akan terus dicukai (GST). Hal ini menyebabkan mana-mana syarikat tidak lagi boleh lari daripada membayar cukai. Padan muka mereka. Khususnya puak cauvinis kaya raya yang gemar lari cukai ketika zaman SST dulu.

Selain itu, sistem atas talian ini menyebabkan 'matinya' peranan orang tengah. Tiada lagi surat sokongan atau 'recommended'. Semuanya melalui sistem. Sekaligus membanteras amalan rasuah secara habis-habisan!

Nampak, bagaimana fokusnya kerajaan mentransformasikan negara ke arah lebih baik. Bagaimana kerajaan bersungguh-sungguh memerangi rasuah.

Kerajaan sudah melaksanakan dasar yang baik. Tinggal lagi perlaksanaanya saja. Pihak yang bertanggungjawab ke atas perlaksanaan ini seharusnya tidak menjadi punca kepada kegagalan.

Lebih-lebih lagi saat Parlimen hendak dibubarkan bagi memberi laluan kepada proses pilihanraya.

Jika cauvinis yang suka lari cukai itu kita faham andai mereka membenci kerajaan BN. Jangan pula disebabkan sistem yang gagal menjadi punca usahawan lain berang dengan BN bagai pepatah 'orang lain makan nangka, orang lain kena getah'.

Sedikit info :

PK 5.1 PEROLEHAN KERAJAAN SECARA SISTEM ELEKTRONIK

1. Latar Belakang

1.1. Kementerian Kewangan (MOF) telah membangunkan Sistem ePerolehan (eP) sebagai salah satu inisiatif di bawah Kerajaan Elektronik dalam usaha memodenkan urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding. Sistem eP ini telah diguna pakai oleh semua Agensi Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2000.

1.2. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengukuh dan memperkemaskan lagi dasar serta peraturan berkaitan perolehan Kerajaan agar selaras dengan amalan tadbir urus baik (good governance practice), MOF telah melaksanakan transformasi ke atas perolehan Kerajaan secara elektronik dalam Sistem eP. Inisiatif ini bertepatan dengan lima (5) prinsip perolehan Kerajaan dan seiring dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

1.3. Sehubungan itu, penggunaan Sistem eP yang baharu oleh Kementerian/Jabatan dikuat kuasakan bermula 1 Januari 2018 bagi menggantikan Sistem eP sedia ada. Semua urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding Kerajaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan melalui Sistem eP secara atas talian sepenuhnya.

2. Penambahbaikan Sistem eP

2.1 Sistem eP yang baharu merupakan transformasi ke arah perolehan Kerajaan yang lebih dinamik dan strategik. Antara penambahbaikan Sistem eP yang baharu adalah seperti berikut:

2.1.1 Proses kerja yang lebih komprehensif bagi membolehkan pelaksanaan perolehan Kerajaan dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya (end-to-end) termasuklah bagi sebahagian proses kerja yang sebelum ini dilaksanakan secara manual.

2.1.2 Peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan dijadikan sebagai parameter dalam sistem. Melalui mekanisme ini, wujudnya elemen kawalan secara automatik bagi memastikan setiap Agensi mematuhi peraturan perolehan yang berkuat kuasa.

2.1.3 Ciri keselamatan diperkukuhkan dengan pengenalan kaedah untuk mengakses sistem secara single sign-on dan penggunaan sijil digital. Pengguna sistem dibenarkan mempunyai satu ID log masuk sahaja bagi meningkatkan akauntabiliti dan menjamin kerahsiaan maklumat.

2.1.4 Kebolehcapaian Agensi dan pembekal ke Sistem eP telah dipermudahkan tanpa perlu berstatus eP enabled, memadai dengan penciptaan profil pengguna dalam Sistem eP.

2.1.5 Peluang yang adil dan saksama kepada pembekal untuk menyertai perolehan Kerajaan bagi pembelian terus, sebut harga dan tender. Fungsi untuk melaksanakan kajian pasaran telah dibangunkan dalam Modul Pembelian Terus di samping pelawaan secara terbuka melalui e-mel kepada pembekal yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan bagi Modul Sebut Harga/Tender.

2.1.6 Pemakluman keputusan pemilihan pembekal yang lebih telus bagi semua kaedah perolehan. Semua pembekal yang menyertai perolehan akan dimaklumkan keputusannya sama ada berjaya atau gagal melalui e-mel. Nama pembekal yang berjaya akan dipaparkan di portal MyProcurement dan papan kenyataan Sistem eP.

2.1.7 Pemantauan pelaksanaan perolehan dan perbelanjaan tahunan boleh dilaksanakan oleh Agensi masing-masing melalui Sistem eP. Modul khusus untuk merekod perancangan perolehan dan perbelanjaan tahunan telah dibangunkan. Selain itu, Agensi juga boleh menjana laporan komprehensif secara deskriptif dan predictive serta membuat analisis ke atas prestasi masing-masing.


No comments:

Post a Comment