AdSense

Tuesday, February 13, 2018

Rombongan Kerajaan Wilayah Brussel lawat SPAD, naik pengangkutan awam kita


"Ah! Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) kalau buat projek mesti ada rasuah. Mesti kerajaan makan duit. Projek mewah-mewah, projek mega itu semua membazir saja."

Itulah antara kritikan dan ayat-ayat memperlekeh usaha pihak kerajaan dalam membangunkan negara.


Pihak seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah antara organisasi yang sering diserang pembangkang.


Kalau pembaca masih ingat, pakar propaganda PKR Rafizi Ramli pernah mempersoalkan kos pembinaan MRT. Beliau seolah-olah mahu menggambarkan MRT sebagai satu projek yang menelan belanja sangat besar, projek yang merugikan rakyat, membazir wang rakyat dan tidak telus.

15 Disember 2016 merupakan tarikh bersejarah untuk Malaysia apabila Mass Rapid Trasit atau lebih dikenali dengan nama MRT bagi Fasa 1 Sungai Buloh-Kajang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Projek yang menelan kos RM21 bilion (penjimatan kira-kira RM2bilion daripada kos sasaran RM23bilion) itu bagi Najib merupakan satu pelengkap kepada pengangkutan awam negara. MRT juga merupakan sistem dan perkhidmatan yang jauh lebih efisien, moden, dan liputan rangkaian yang lebih berkesan.

Sejak itu lidah Rafizi kelu. Tuduhannya mengenai kos MRT tidak berjaya. Malah politik persepsi dan fitnah ternyata ditolak rakyat. Rakyat lebih mahu melihat realiti. Bukannya fantasi.


Sebenarnya kejayaan SPAD dalam mentransfomasikan pengangkutan awam ini bukan saja membanggakan rakyat Malaysia tetapi juga negara-negara lain.

Semalam, 12 Februari 2018, SPAD dikunjungi oleh Tuan Yang Terutama Pascal Smet, Menteri Kerajaan Wilayah Brussel bersama rombongannya.

Rombongan ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah bersama-sama Puan Qamar Wan Noor, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Ahmad Radhi Maarof.

"Satu penerangan ringkas mengenai pembangunan pengangkutan awam darat di Malaysia telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD. 

"Mereka turut dibawa melawat ke KL Sentral dan menaiki tren LRT dan MRT." - SPAD

Di sini Suara Lensa sertakan gambar-gambar yang diambil daripada Facebook rasmi SPAD. Mereka cukup teruja dengan transformasi pengangkutan awam di negara kita. Pasti ada sesuatu yang mahu mereka pelajari. Jika orang asing pun puji kita, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia seperti Rafizi dan kumpulan anti kerajaan mahu memperlekehkan negara sendiri?






















Sudah baca artikel ini?

MRT untuk Malaysia - INFO & GAMBAR
http://suaralensa.blogspot.my/2016/12/mrt-untuk-malaysia-info-gambar.html

Era Najib - Sinar pengangkutan awam
http://suaralensa.blogspot.my/2016/09/era-najib-sinar-pengangkutan-awam.html

KEJAYAAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA 2017
http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/kejayaan-pengangkutan-awam-di-malaysia.html

No comments:

Post a Comment