AdSense

Friday, March 2, 2018

5 pagi beratur panjang untuk beras? Malaysia menuju kehancuran!


Seawal jam 5 pagi My Town Cheras diserbu orang ramai untuk mendapatkan beras. Apa sudah jadi dengan Malaysia? Di mana pemimpin negara?


Jika itu yang berlaku, maka terbuktilah Malaysia adalah sebuah negara yang gagal dan bankrap.

Namun bukan itu yang berlaku sebaliknya orang ramai beratur panjang adalah kerana mahu mendapatkan gadget yang dilelong pada harga murah.



Jadi, dimana logiknya Malaysia sebuah negara bankrap dan gagal?

Beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial sejak awal pagi tadi ini pastinya meresahkan pemimpin dan parti pembangkang. Nampak gayanya mereka sekali gagal dalam misi memburuk-burukkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional dalam soal urustadbir negara.

Belum lagi kita cerita pasal kejayaan ekonomi negara yang semakin berkembang pesat ini.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan pada 2010 misalnya telah membawa kepada pertumbuhan mantap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencecah 5.9 peratus pada tahun lepas, 2017!

Situasi ini sudah tentu membuka mata ramai pihak termasuk syarikat-syarikat gergasi seluruh dunia. Terbaru, syarikat gergasi Korea Selatan SK Group melabur  di Malaysia. Siapa tidak kenal SK Group, syarikat yang pendapatan tahunannya adalah sebanyak USD100 bilion atau RM500 bilion!

Baca : http://suaralensa.blogspot.my/2018/02/syarikat-korea-untung-rm500-bilion.html

Begitu juga dengan minat syarikat minyak dan gas seperti Saudi Aramco yang ingin melabur USD7 bilion atau hampir RM30bilion di Malaysia! Bodohkah syarikat gergasi ini ingin melabur di Malaysia jika percaya dengan hasutan pembangkang bahawa Malaysia negara gagal dan bankrap?

Ternyata pembangkang di Malaysia wajar ditolak pada PRU14 akan datang. Mereka langsung tidak memberikan buah fikiran yang baik untuk membangunkan negara. Sebaliknya hanya tahu memperlekeh dan mempertikai kejayaan-kejayaan pentadbiran Barisan Nasional.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa sebelum ini bahawa ideologi parti pembangkang hanyalah kerana kuasa. Mereka hanya mahu kuasa, mereka sekadar memperjuangkan individu semata-mata.

Lihat DAP, parti yang juga dikenali sebagai Dinasti Lim. Anak dan bapa menguasai parti sejak ia ditubuhkan. Tidak hairanlah si bapa Lim Kit Siang digelar Diktator 50 tahun.

PKR pula ditubuhkan pada tahun 1998, hanya memperjuangkan seorang individu bernama Anwar Ibrahim selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri era Mahathir. Kini, jelas PKR satu parti yang mengamalkan nepotisma atau parti anak beranak apabila si isteri Wan Azizah diangkat menjadi Presiden. Manakala anak mereka Nurul Izzah menduduki kerusi Naib Presiden parti.

PPBM, usah ceritalah. Semua orang tahu ia parti milik Mahathir. Ditubuhkan selepas Mukhriz gagal menduduki kerusi tertinggi dalam parti. Mahathir yang 'singa' suatu masa dulu terpaksa melutut di kaki Anwar yang beliau sendiri pecat dulu. Mahathir juga terpaksa menyembah Kit Siang, individu yang beliau gelar rasis sejak berpuluh tahun lalu.

PAN? Anggap saja ia tidak wujud. Presidennya Mat Sabu lah individu yang menggelarkan Mahathir sebagai Maha Firaun. Keagungan Mat Sabu yang diangkat menjadi Presiden PAN adalah selepas beliau kalah dalam pemilihan parti PAS. Beliau gagal menguasai PAS untuk mengikut telunjuk DAP. Nak tak nak, kini PAN sekadar kuda DAP. Sama seperti PKR dan PPBM.

Sekali lagi penulis bersependapat dengan Annuar Musa yang pernah mengatakan bahawa PRU14 kelak adalah pertembungan antara UMNO Barisan Nasional dengan DAP.

Baca : http://suaralensa.blogspot.my/2017/09/pru14-hanya-umno-dan-dap.html

Kedua-duanya memiliki roh perjuangan tersendiri. UMNO kekal dengan ABATA - Agama, Bangsa dan Tanahair bersandarkan kepada slogan Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.


Manakala DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia - kesamarataan. RUU355 pun mereka berani menentang inikan pula Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas meletakkan Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan sementara agama lain bebas untuk diamalkan.

Justeru, rakyat Malaysia seharusnya pandai menilai dengan baik, parti mana yang terbaik untuk mentadbir negara.

Parti yang menyediakan persekitaran ekonomi, pendidikan, kesejahteraan dan keharmonian yang baik seperti Barisan Nasional ataupun parti yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah serta penyelewengan kuasa dan bercelaru seperti #PakatanProDAP .

#TerimaFaktaTolakFitnah #KamiGengNajibRazak #BarisanProRakyat #BetterNation #PRU14 #StrongerTogether

SUARA LENSA
2 Mac 2018

No comments:

Post a Comment