AdSense

Friday, March 9, 2018

Alkisah di P152 Kluang. Tradisi DAP habis madu sepah dibuang...


Menyayangi Kluang atau Love Kluang menjadi tagline yang digunakan oleh calon Barisan Nasional di kawasan Kluang, Johor. Antara lain ia membawa maksud, anak jati Kluang yang menyayangi tempat sendiri.

Siapakah calon BN di Kluang?


Benar, setiap nama calon akan diumumkan oleh Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bila tiba masanya.

Namun di pihak MCA, mereka sudah memiliki calon-calon yang sesuai. Pastinya nama yang dikenalpasti ini sudah dibawa kepada Pengerusi BN.

Baca artikel ini : 

Persiapan PRU14 : Najib tunjuk isyarat 'thumbs up' pada MCA
http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/persiapan-pru14-najib-tunjuk-isyarat.html

MCA fokus PRU14
http://suaralensa.blogspot.my/2016/08/mca-fokus-pru14.html

PRU14 : MCA dah lama buat kerja
http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/pru14-mca-dah-lama-buat-kerja.html

Semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kluang baru-baru ini, Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai ada memberitahu bahawa MCA bersepakat menamakan Gan Ping Sieu sebagai calon di Kluang manakala Datuk Chin Sim Lai di Mengkibol.


Kedua-dua nama ini turut mendapat sokongan daripada wakil rakyat Mahkota yang juga Pengerusi Perumahan Johor dan Kerajaan Tempatan Datuk Md Jais Sarday serta Timbalan Pengerusi MCA Johor Datuk Tee Siew Kiong.

Ketika ini, P152 Kluang diwakili Liew Chin Tong dari parti DAP setelah memenangi PRU13 dengan majoriti 7,359 undi apabila memperoleh sebanyak 40,574 undi.

Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor itu menewaskan calon BN Hou Kok Chung yang mendapat 33,215 undi daripada 86,732 pengundi berdaftar.

Sementara N28 Mengkibol pula, calon DAP Tan Hong Pin menewaskan calon BN Chye Kwee Yeow dan Bebas Ng Lam Hua dengan majoriti 10,001 undi pada PRU13.

Biarpun demikian, Chin Tong seperti terpaksa mengikut tradisi DAP. Main lari-lari, tidak bertanggungjawab dan perkosa kepercayaan pengundi. Boleh juga diibaratkan seperti 'habis madu sepah dibuang'.

Mulutnya seperti dikawal dari jauh apabila mengatakan mahu bertanding di P148 Ayer Hitam - kubu kuat Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada PRU14 nanti. Kerusi Chin Tong di Kluang mungkin diisi oleh ADUN Damansara Utara, Yeoh Bee Heng.

Bee Heng (kiri) yang sering kritik program Permata akui bahawa ia sebenarnya program yang baik dan bermannfaat untuk masyarakat.

Kenapa Ayer Hitam?

Semua maklum, penyandang Wee Ka Siong sejak akhir-akhir ini begitu lantang membangkitkan intergriti pimpinan tertinggi DAP berhubung skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.


Chin Tong dijadikan sebagai kambing hitam kerana beliau adalah Pengerusi DAP negeri. Ia bagi memperlihatkan kononnya buku bertemu ruas.

Hakikat menyedari bahawa kemampuan Chin Tong tidak berupaya menandingi Ka Siong yang memenangi Parlimen Ayer Hitam selama tiga penggal berturut-turut. Pada PRU13, walaupun berlaku tsunami politik namun Ka Siong berjaya menang dengan majoriti 7,310 undi. Rekod pada PRU12, beliau menang dengan majoriti besar 15,652 undi!

Memetik sumber dalaman parti DAP, nama Chin Tong akan diumumkan secara rasmi sebagai calon DAP di Ayer Hitam pada 18 Mac ini. Ia juga akan menjadi satu tarikh tragedi buat Chin Tong.

Terdapat dua kerusi DUN di Ayer Hitam, iaitu N19 Yong Peng dan N20 Semarang.

DAP mengalahkan MCA dan memenangi kerusi Yong Peng pada 2013 dengan majoriti 2,475 undi, manakala Semarang dimenangi UMNO dengan 8,075 undi.



Difahamkan, parti milik Mahathir PPBM akan bertanding di Semarang dan menentang UMNO pada PRU14. Mampukah PPBM menawan pengundi di Johor tatkala beliau secara lantang dan terbuka mengkritik istana negeri tersebut? Sampaikan sultan pernah murka! Siapa tidak ingat bagaimana Mahathir ketandusan modal apabila mempolitikkan isu di Forest City. Semua orang juga tahu bahawa orang Johor begitu hormat pada institusi raja.


Pautan : http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/sultan-murka-dr-mahathir-tuduh-tanah-dijual-kepada-china#T8ikjldExFc1LdSK.97

Selain itu, penulis merasakan kegusaran DAP semakin bertambah apabila MCA dan Gerakan bergabung buat kali pertama bagi berdepan PRU14.


#StrongerTogether MCA-Gerakan membuatkan DAP rasa tidak senang. Lebih-lebih lagi DAP kini bekerjasama dengan PPBM yang dipimpin Mahathir. Pemimpin yang banyak buat hal sejak kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment