AdSense

Friday, March 16, 2018

Harapan palsu mansuh GST


Setiap kali musim pilihanraya nak datang, pemimpin dalam parti pembangkang pasti mengambil kesempatan untuk menjalankan misi menabur janji palsu semata-mata mahu mendapatkan sokongan para pengundi.


Manifesto Pakatan Harapan PRU14 yang diumumkan baru-baru ini juga menjadi bahan lawak masyarakat di seluruh dunia. Agak-agaklah kalau nak menjanjikan bulan dan bintang pun... Janji yang tak mungkin dapat ditunaikan. Boleh tunai tapi pasti mengundang musibah atau kemudaratan yang lebih teruk kepada sesebuah negara.

MANSUH GST. Itulah antara janji pakatan sekiranya mereka berjaya memenangi PRU14 nanti.

Seperti kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia adalah sesuatu yang tidak praktikal langsung!

Ini adalah kerana GST merupakan sistem percukaian yang lebih efisien berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang ternyata banyak cacatnya terutama sekali bab ketirisan.

"Pada masa kini GST telah dilaksanakan di lebih 160 negara dan adalah sistem percukaian yang paling efisien berbanding sistem sebelum ini. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamed hendak kembali semula kepada sistem SST ia adalah sesuatu yang tidak praktikal.

"Ini kerana semasa kita laksanakan SST, kadar cukai yang dikenakan 10 peratus, namun hasil yang diterima hanya RM17 bilion berbanding GST kadar lebih rendah dengan enam peratus tetapi hasil diperoleh hampir RM42 bilion.

"Hasil inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk manfaat rakyat termasuk membangunkan pelbagai projek pembangunan mega untuk rakyat termasuk Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)," katanya.

Sehubungan itu, Liow yang juga merupakan Menteri Pengangkutan Malaysia dan Ahli Parlimen Bentong itu mengingatkan rakyat supaya terus memilih kerajaan Barisan Nasional kerana hanya kerajaan yang stabil dan kuat dapat memastikan pembangunan terus dilaksanakan dan kebajikan rakyat terjaga.

Usahlah terpedaya dengan #HarapanPalsu Pakatan Harapan.

#StrongerTogether #UndiBarisanNasional #PRU14

No comments:

Post a Comment