AdSense

Tuesday, March 13, 2018

Hidup rakyat Malaysia akan sengsara jika termakan madu beracun Pakatan Harapan


Maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi.


Demikian matlamat Pakatan Harapan menerusi Buku Harapan yang dilancarkan pada malam 8 Mac 2018 di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam.

Sedia maklum, semua matlamat itu telah / sedang dalam perhatian kerajaan pemerintah Barisan Nasional hari ini. Lihatlah disekeliling kita hari ini. Bukankah Malaysia semakin hari semakin baik? Kalau anda jenis yang pemalas, hidup malas berusaha, janganlah menyalahkan orang lain pula sampai hendak menukar kerajaan.

Terdapat 10 perkara yang akan dilaksanakan PH dalam masa 100 hari sekiranya pakatan yang dikepalai DAP itu berjaya menawan Putrajaya.


Tak perlu penulis nyatakan 10 janji itu kerana ianya adalah harapan palsu. Manifesto yang copy paste daripada Barisan Nasional. Manifesto yang tak masuk akal kerana berupaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara bankrap.

Seperti kebiasaan manifesto pembangkang, ianya hanyalah nampak manis belaka. Tapi bak kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia (manifesto PH) boleh diibaratkan seperti MADU BERACUN.

Manifesto PH adalah tidak munasabah dan hanyalah bersifat populis dengan tujuan memancing undi. Bahasa kasar boleh dikatakan ianya juga cubaan MEMPERDAYA PENGUNDI menjelang PRU14 tak lama lagi.

Tegas Liow yang juga Menteri Pengangkutan itu, Pakatan Harapan cukup gemar menabur janji kosong. Lebih buruk, mereka sering gagal untuk menepati segala janji-janji yang ditabur.

"Mereka hanya memainkan perasaan rakyat dengan mengadakan pelbagai janji populis jangka pendek dan tidak mempunyai hala tuju dan masa depan.

"Lebih 70 peratus yang mereka janjikan dalam manifesto berkenaan telah pun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan selebihnya tidak mungkin mereka dapat dilaksanakan."

Tepat sekali kenyataan Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong itu pada 11 Mac 2018 baru-baru ini.

Jadi, waspadalah semua. Jangan sesekali termakan madu beracun yang dihidangkan Pakatan Harapan ini. 

No comments:

Post a Comment